Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum
dear aziey, saya tak pandai english. saya tak fasih speaking english. tapi bila saya baca latest post kat blog awak, saya dah dapat teka apa yang berlaku. bila saya baca previous posts, jangkaan saya betul. my tears rasa macam nak mengalir. honestly, sebaknya saya rasa macam saya nak peluk je awak. tapi kita jauh. kita jauh :'(
telinga ni, terngiang-ngiang suara perlahan awak yang cuba meluahkan seluruh kedukacitaan yang awak sedang lalui. mata ni, terbayang-bayang wajah awak yang tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. akal saya, terbayang-bayang gelak pura-pura awak yang mencuba untuk menghiburkan hati. susuk tubuh awak seakan-akan duduk di hadapan mata saya. menangis dan kemudian ketawa hambar. menangis lagi dan kemudian ketawa semula dan terus bercerita lagi. betul, semuanya tak mudah. sekiranya bahu saya yang memikul semua kesakitan itu, saya juga rebah. tapi jika itu saya.
awak?! awak perlu kuat! tabahlah sahabat yang jauh dari pandangan mata ini.
tangisan hari ini adalah bahagia hari esok. percayalah!
kesakitan hari ini adalah keceriaan hari esok. percayalah!
kepiluan hari ini adalah penawar hari esok. percayalah!
ini takdir kita. ini percaturan DIA.
aziey, saya ada aisy. aisy suka main-main di celah kaki iron board bila saya tengah seterika baju. terkadang, saya biarkan dia paut pada kaki iron board tu dan terjatuh. sakit dan aisy menangis. awak rasa, saya akan biarkan tak aisy berdiri dan pegang iron yang panas lepas tu? cukup sekadar dia terjatuh tadi, dan saya takkan biarkan dia cedera disebabkan terkena iron yang panas pula. ;')
See. Allah pun begitu. DIA bagi awak kesakitan yang membuatkan awak menangis hari ni, tapi DIA, yang Maha Tahu dan DIA Maha Kasih, selamatkan awak dari mudharat yang lebih besar dan lebih dahsyat. Takkan dia biarkan awak cedera parah meskipun DIA mampu lakukan sekiranya DIA berkehendak. ;')
senyumlah sayang. Lihat terus ke depan. Pengalaman semalam mendewasakan kita. :')
awak hilang semuanya hari ini dan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih besar nanti. Saya tahu awak tahu. Saya tahu awak sedar. Lekas, buang cepat tanggapan negetive yang cuba mengusik akal dan iman. Berdirilah dengan kalimah basmalah dan hadirkan semangat baru!
AYUH! berTENAGAlah! Jangan KALAH! Jangan!
Assalamualaikum rini tersayang. Time kasih sgt2 untuk post ni... mengalir air mata kite baca tulisan awak ni. InsyaAllah rini. Insya Allah kite kuat. Kite sayang awak.
ReplyDeletei do loved you too dear.. just be the strong girl to yourself.. no wonder how hard it is.. jasad kita terpisah tapi hati saya dekat untuk sahabat-sahabat saya. tiada lain, semoga Allah beri ganjaran yang setimpal dengan apa yang awak lalui.. :') please be strong for yourself..
ReplyDelete