Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum
saya tak selesa dengan keadaan diri saya yang dibelenggu dengan campuran rasa yang pelbagai favor. Rimas! Sangat-sangat rimas.
bayangkan............. bila kita sendiri rasa rimas dengan diri kita, apatah lagi orang lain.. kan? jadi.... takkan saya nak biarkan diri saya berada dalam keadaan ni.. hukhuk.. saya mesti lakukan sesuatu.. ya RoObb, sampaikanlah pertolonganMu buat hambaMu yang dah tak keruan ni.. :'(
teringat......................
sebelum saya decided untuk terima my MR.SoObir, saya diberi satu amanah. Saya diwajibkan untuk lengkapkan tugasan ni sementara saya dapatkan jawapan bagi lamaran tersebut. Saya diminta untuk langsaikan 20,000 kali istighfar dan 20,000 kali selawat.
saya berhempas pulas untuk itu and i don't know why I want to settle it. saya ambil masa dalam tempoh beberapa bulan untuk laksanakan amanah tu. Allahu Akhbar! Luar biasa! Ada sesuatu yang luar biasa berlaku dalam diri saya.
Tenang. Tersangat tenang dan itu jualah sebabnya hati saya terbuka untuk terima lamaran tersebut. Allah knows. bila difikir-fikir semula, rupa-rupanya saya dah lama tak berselawat dan beristighfar. that why, diri terikat dengan hati yang gundah-gulana.
Astaghfirullahal 'azim.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad.
Alhamdulillah. saya kembali beramal dengan selawat. Dulu ambil masa berbulan nak capai 10,000. sekarang tak dah.. huu.. :') Segala puji bagi Allah yang mengizinkan ketenangan itu bertapak di dalam hati dan diri ini. :') saya kembali tenang.
kesimpulan, selawat dan istighfar adalah pengawal buat diri ini. benefitnya, terkawal marah. kurang berburuk sangka. lebih bersyukur. sekali kita selawat, 10 kali Allah selawat ke atas kita.
biasakan diri. tak rugi. senang hati. hidup diberkati.
:)
![]() |
| melihat Ahli Syurga ini juga mampu menenangkanku. Allahu. |
