Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum
Tuhanku, takdirMu dulu membuatkan aku lemah dan putus asa. TakdirMu dulu, mengalirkan airmata duka. TakdirMu dulu menjadikan aku hilang percaya. TakdirMu dulu mencarik bahagia yang kudambar. Tuhanku………………… sewaktu dulu sememangnya menyakitkan aku.
**********
Acap kali mendengar berita ini, (walaupun bukan setiap kali bangun dari tidur) saya tetap akan mendengar cerita ini. Cepat atau lambat, saya pasti akan tahu. Bukan habit saya nak ambil tahu dan bukan ‘kesukaan’ saya nak mencari tahu, tapi berita tu sendiri yang datang kepada saya. Oh bukan angin yang membawa perkhabaran ini, tapi suara insan yang boleh dipercayai dan boleh diyakini kesohehannya tampil memberitahu. :’) dan apa yang penting, ini semua dengan kehendak Yang Maha Bijaksana. DIA ingin aku tahu bahwa DIA kasihkan aku. dek kerana itu, diujinya sabarku ketika dulu sehingga aku rebah ke bumi. Bila DIA memaksa untuk aku memilih satu jalan yang begitu menyesakkan jiwaku.
Namun kini, hanya S Y U K U R yang mampu kulafazkan kerana tangisan yang dulu, kini mampu menghibur diriku. Kesakitan yang dulu, kini telah sembuh pedihanya. Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan sesuatu, tiada yang sia-sia. Segalanya penuh dengan hikmah. :’)
Sungguh,! DIA lebih tahu perihal diriku. DIA lebih tahu tingkat kesabaranku. DIA lebih tahu akan segala-galanya tentang aku.
Berita ini memangkin semangat yang pernah hilang. Berita ini pengubat luka yang pernah berdarah. Berita ini sinar pada senyuman yang dulu pudar. RoObbi, terima kasih kerana memelihara kehidupanku. Engkau pandu hala tujuku sehingga kini.menikmati rahmat kasihMu adalah anugerah yang tak ternilai.
aku sedar keputusanku itu hanya menyeksakan untuk seketika cuma. selagi aku percaya Engkau mampu merubah segalanya, aku tidak perlu gundah. RoObbi, segala puji bagiMu yang telah menghadiahkan teman hidup yang terbaik buatku. kukan cuba menjaganya keranaMu, Allah. :')
Dan bahagia……………. Benar-benar anugerah Allah buat mereka yang sabar di dalam ujiannya. :’)