Friday, 26 September 2014

fefiling chOomel ^^

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum 

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan ruang dan peluang untuk diri ini merasa jerih perit pengorbanan seorang insan yang bergelar ‘ibunda’. ‘Mama’ adalah panggilan yang saya rasakan sesuai setelah kelahiran puteri sulung kami nanti. Kehkeh. Nampak macam mudakan? Kan? Hihii. Mudalah lagi, umur pon baru 24 tahun. hOolah! Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup untuk terus berbakti sebagai khalifah di muka bumi Allah ni. Walau tak mampu nak jadi pejuang agama, tapi masih bercita-cita untuk menjadi penjaga agama. InsyaAllah. Biiznillah. 

Entry ni dah lama sangat terkubur dalam otak. Setiap kali nak tulis, jari-jemari ni macam kaku pulak. Otak pon beku. Macam…… dah tak tahu nak bina ayat….. asyiklah post > draft > delete > post balik > draft semula > akhirnya delete. Macam ada yang tak kena.. sampai satu masa (hari nilah), baru terasa semangat nak menaip semula. Moga Allah permudahkan. Moga-moga ada manfaat disebalik cerita yang mungkin nanti, u all sendiri yang kena buat ‘conclusion’. hihiii

Rezeki bila Allah temukan jodoh kita di usia muda. Rezeki bila Allah berikan ‘hadiah’ seawal pernikahan. Walaupun hakikatnya kita tak merancang apa pun untuk hidup kita, percayalah semuanya Allah dah aturkan dengan sebaik-baik percaturan. Disetiap apa yang berlaku, insyaAllah ada hikmah yang besar disebalik semua kejadian. 

(Moga Allah bantu… tiba-tiba speechless) 

Rezeki saya bila dapat tahu saya telah berbadan dua. Rezeki yang saya kira ‘tidak disangka’ seawal ini. Sehingga ke hari ini, terasa semuanya mimpi! Selama sembilan bulan tu lah saya jalani kehidupan dengan pelbagai sikap dan kerenah. Lebih cengeng dari biasa! Waduh, waduh…. Asal namanya makanan yang dibeli dari kedai, semuanya tak mampu dihadam dengan baik. Teringin, tapi tak lalu. Macam mana tu? Orang lain cakap sedap, saya sorang saja yang rasa makanan tu tak sedap! Tolak tepi, tak mampu nak habiskan. 

Maaflah sayang (en.suami), tak boleh masuklah, nak telan pun rasa macam tersekat. 

Masa mula-mula tu, kekanda saya membebel lah juga, tapi lama-lama kanda mula memahami. Jadi, bila makan kat kedai, hanya saya saja yang order makanan dan kanda pula akan order air masak. Kanda akan biarkan saya makan sampai kenyang, bila saya dah tak nak makan, tugas menghabiskan makanan akan diambil alih oleh kekanda. Hiihi. Waktu tu, barulah saya tahu kenapa kanda taknak order makanan. ^^ membazir katanya. Maafkan dinda kanda.. Duhai anak, jangan contohi mama ye sayang… tak elok… :) 

Bila tak boleh terima masakan dari kedai, maka saya pun balik rumah mak. Sampai je rumah, terus masak spaghetti.. Owh sudah berbulan-bulan rasanya nak menjamu makanan western nih. Akhirnya kesampaian juga.. masak punya masak, masak banyak-banyak.. makan? Alahaiiiii seciput je! Hiiihi. Biasalah. Selera tinggi, makan tak seberapa. Eah, jangan amalkan tau! Tak bagus. Tabiatnya begitulah. Dapat rasa tu kira ok dah. ^^ 

Owh kekanda……… maafkan dinda. Apa pun jenis perfume yang kanda pakai, semuanya tak sesuai dengan kanda. Please do not wear what ever brand it is. aigOoo. Fening dinda dibuatnya….! 

Pinggang rasa nak putus! Lagi-lagi bila buat kerja lama & berat. Ada satu hari tu, saya dan suami buat makan-makan kat rumah. Jemput semua sedara-mara belah suami. Mujur mak datang tolong. Ringan sikit. Kanda pon ringan tulang, jadi semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Cuma, keesokkan harinya saya tak mampu nak bangun sendiri. Sakitnya pinggang, hanya Allah saja yang tahu. Nak bangkit, perlukan bantuan en.suami. Alhamdulillah. Allah hadirkan mereka yang banyak membantu dan menyempurnakan kekurangan diri ini. 

Andai suatu hari Allah ambil mereka, moga Allah berikan saya kekuatan untuk terus berjuang. Moga Allah tiupkan roh semangat agar saya tak lumpuh. Agar hati saya thabat! Biiznillah. Amin Ya Robb.. 

Bila dah masuk pertengahan tempoh mengandung, morning sickness pon beransur hilang. Alhamdulillah. much better. Dah boleh makan makanan dari kedai. Pinggang still sakit-sakit sebab anak mama nih makin sihat.. :) ye. Semoga kamu sihat. Yang ketara, saya selalu mengah. Nak mengaji pun rasa mengah. Walhal, belum habis satu ayat, dah semput. Rasa nafas ni tak cukup. Heeehe. Tiba-tiba terkenang. Rasa macam choOmel lah pulOookk time tu.. dalam chomel2, Allah sedang menguji. Moga-moga Allah terima amalan yang sedikit tu. Huuu. 

Paling kelakar, masa kat pejabat lah. Hiiii. Masa awal pregnant, saya tengah praktikal kat mahkamah johor. Selalu berebut bilik air dengan staff kat sana. Hiiii. Kanda cakap, baby dah tumbuh rambut, tu yang selalu nak ke tandas je. Mungkin ada benarnya. Tapi yang paling benar, dalam perut ada tekanan yang kuat yang menekan pundi kencing, that why lah kita rasa asyik nak berhadas je. :) 

Waktu pregnant, saya adalah orang yang sangat pemalas dan suka tidur. Memang tak patut dijadikan contoh ye! YaAllah, jadikanlah zuriat yang aku kandung ini, ringan tulang, rajin dan menjaga masa. Moga zuriat ini tidak mengikut segala sifat mazmumah ibu yang bakal melahirkannya. Amin. Al-maklum, saya ni akhlak dan adab kureengg banyak, jadi kena doa lebih supaya baby saya baik akhlaknya, macam abahnyerr.. 

Waktu saya kandungkan puteri sulung ni, Allah uji. Betapa sakitnya bila diserang gastrik secara tiba-tiba. Menangislah saya menahan perit dan pedih yang menusuk-nusuk. Dalam menahan sakit, saya demam. Apa yang membuatkan saya rasa, saya perlu bersyukur, di saat waktu ini, kanda ada di sisi. Kandalah misi saya. hantar saya ke hospital sekitar 3:00 pagi. Dinda dapat bayangkan keletihan yang kanda tanggung hari itu. (touching sekejap). Semoga Allah balas kebaikan kanda dengan ganjaran pahala yang besar.

Teringat kata-kata Murabbi saya “sungguhlah, kesakitan bersalin ni cuma orang islam saja yang mampu tanggung. Lihat non-muslim, sebut saja perihal beranak, disebutnya ‘aiyooo.. beranak ka?” katanya nanti dah tak cantik bila kena operate. Nanti sakit nak bersalin normal. Ada benarnya, hanya orang islam saja yang mampu menanggung kesakitan saat melahirkan anak. Ada cerita (tambah Murabbi yang saya kasihi kerana Allah), seorang non-muslim bercita-cita nak lahirkan anak ramai, nak lawan orang islam, tapi bila dia dah rasa sakitnya bersalin, dia tak nak mengandung lagi. :) 

Indahnya Islam. Nanti saya story dalam entry yg akan datang. tunggguuuuu!

Apa pun, I’M PROUD TO BE MUSLIMAH!!!!!! So, bakal ibu dan ibu-ibu muslimah, berbanggalah kerana anda seorang yang kuat! Allah berikan kita kekuatan yang luar biasa. Subhanallah. Bersemangatlah untuk melahirkan ummat Muhammad! 

Duhai srikandi Islam, redhalah anak yang kamu kandung. Redhalah dengan setiap penat lelah yang kamu rasakan. Redhalah dengan setiap kesakitan yang kamu pikul. Redhalah. Sesungguhnya ada ganjaran yang besar buat kalian. Semua yang kita lalui saat ini adalah pengalaman yang berharga dan yang pasti setiap pembawakan bayi mempunyai cerita yang berbeza. Senyum. 

Duhai Tuhan semesta alam, Peliharalah zuriat keturunan kami!
Amin, Ya Robb.

MATAM 2013
MATAM