Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum
Seperti yang telah saya dah janjikan pada entry sebelum ni, saya nak share satu cerita teladan..So, saya dah dapat cari cerita ni.. Alhamdulillah.. MOga kita sama-sama dapat manfaat daripada kisah ni.. :)
Diceritakan kisah seorang pemuda yang sangat pemarah bernama Said. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.
“ Untuk apakah paku-paku ini ibu?” Tanya Said.
“Stiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok baru di hadapan ruma kita ini bagi melepaskan kemarahanmu,” jelas ibunya.
Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia Berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.
Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dengan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. apabila kau menyatakan sesuatu atau melalukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau beberapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati pebih pedih daripada luka fizikal.”
Cerita ini diambil dari majalah Solusi Isu 28