Tuesday, 3 June 2014

UWAA: Kekeliruan dalam Kecelaruan

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum 
 
Terjumpa satu penulisan yang sangat mampu membuat hatiku terjentik dan rindukan santapan rohani. Maka syuf follow FB milik 'sang fakir' (beliau menggelar dirinya 'sang fakir'). Justeru, ada satu ruangan yang syuf sediakan bagi menempatkan apa saja perkongsian ilmu yang beliau sampaikan. sekiranya berhajat, bolehlah refer pada label 'Jazakumullah Khairan Kathiran'. tak pun, cari tajuk yang ada tulis 'UWAA' a.k.a  Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

Moga bermanfaat untuk sahabat yang 'mamper' di sini. ^^

Reupload ... Kekeliruan dalam Kecelaruan

"Ustaz, saya tak pakai tudung, tak tutup aurat, tapi hati saya baik, tak kacau orang, tak cakap buruk pasal orang, suka tolong orang, takpekan, lagipun ALLAH tak pandang luaran, DIA pandang dalaman."

"Ustaz, saya tak solat, saya tak puasa, tapi saya tak syirikkan ALLAH, kira dah boleh masuk syurga lah kan, lagipun dosa yang ALLAH tak ampun, dosa syirik."

2 kekeliruan di atas adalah perkara cliché yang dihadapi oleh golongan yang cuba memudahkan apa yang ALLAH telah perintahkan.

Jawapan kepada kekeliruan pertama; Benar, ALLAH tidak pandang luaran, tapi ALLAH pandang dalaman, adapun dalaman yang ALLAH pandang itu adalah KETAQWAAN, ketaqwaan bermaksud ketaatan yang ada pada mereka yang bergelar MUSLIM, beramal sebagai Mukmin, Hidup sebagai Muhsin, iaitu LAKSANAKAN SETIAP PERINTAH ALLAH, TINGGALKAN SEGALA LARANGAN ALLAH, REDHA AKAN KEHENDAK ALLAH. Maka, selagi masih ada walau secuit perbuatan yang bersifat melanggar perintah ALLAH, melakukan hal yang dilarang ALLAH, ianya tidak dikira sebagai orang yang baik dalamannya. Sifir rukun Islam 5-1 = 0, Sifir rukun Iman 6-1=0. Fikirkanlah.

Jawapan kepada kekeliruan kedua, Solat dari sudut bahasa adalah DOA, maka, jika kita tidak mendirikan Solat atau bahasa lain kita tidak berdoa, maka kita berdoa kepada siapa? Walaupun tidak syirik pada sudut I'tiqod, tetapi telah syirik pada sudut perbuatan, KERANA orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong, malahan sombong kepada ALLAH, jadi jika sombong kepada ALLAH, apakah status individu tersebut? Sama-sama kita renungi.

Sepertimana kita menjaga dan mendirikan Perintah ALLAH, Meninggalkan larangan ALLAH, seperti itulah ALLAH memelihara kita dari Azab dan kemurkaanNYA, dunia akhirat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

ILAHI ANTA Maqsudi Wa RidhaKA Matlubi, A'tini MahabbataKA Wa Ma'rifataKA
by: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus (UWAA)