Tuesday, 27 January 2015

pengawalku

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

saya tak selesa dengan keadaan diri saya yang dibelenggu dengan campuran rasa yang pelbagai favor. Rimas! Sangat-sangat rimas.

bayangkan............. bila kita sendiri rasa rimas dengan diri kita, apatah lagi orang lain.. kan? jadi.... takkan saya nak biarkan diri saya berada dalam keadaan ni.. hukhuk.. saya mesti lakukan sesuatu.. ya RoObb, sampaikanlah pertolonganMu buat hambaMu yang dah tak keruan ni.. :'(

teringat......................

sebelum saya decided untuk terima my MR.SoObir, saya diberi satu amanah. Saya diwajibkan untuk lengkapkan tugasan ni sementara saya dapatkan jawapan bagi lamaran tersebut. Saya diminta untuk langsaikan 20,000 kali istighfar dan 20,000 kali selawat.

saya berhempas pulas untuk itu and i don't know why I want to settle it. saya ambil masa dalam tempoh beberapa bulan untuk laksanakan amanah tu. Allahu Akhbar! Luar biasa! Ada sesuatu yang luar biasa berlaku dalam diri saya.

Tenang. Tersangat tenang dan itu jualah sebabnya hati saya terbuka untuk terima lamaran tersebut. Allah knows. bila difikir-fikir semula, rupa-rupanya saya dah lama tak berselawat dan beristighfar. that why, diri terikat dengan hati yang gundah-gulana. 

Astaghfirullahal 'azim.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad.

Alhamdulillah. saya kembali beramal dengan selawat. Dulu ambil masa berbulan nak capai 10,000. sekarang tak dah.. huu.. :') Segala puji bagi Allah yang mengizinkan ketenangan itu bertapak di dalam hati dan diri ini. :') saya kembali tenang. 

kesimpulan, selawat dan istighfar adalah pengawal buat diri ini. benefitnya, terkawal marah. kurang berburuk sangka. lebih bersyukur. sekali kita selawat, 10 kali Allah selawat ke atas kita. 

biasakan diri. tak rugi. senang hati. hidup diberkati.
:)

melihat Ahli Syurga ini juga mampu menenangkanku. Allahu.

Monday, 12 January 2015

Qadarullah

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

kakak-kakak saya dah lama bermadu kasih. kira-kira 10 tahun yang sudah. usia kebersamaan mereka itu terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan saya. perjalanan saya yang baru mencecah setahun 11 bulan tak mampu menandingi pengalaman mereka. Apa yang dapat saya gambarkan, mereka dah lali dengan segala jenis perasaan. 

Takdir ini menjadikan hati mereka kebal. mereka tabah dan mereka sabar.
MasyaAllah.

hikmah disebalik takdir ini, menjadikan mereka lebih dekat dengan RoObbunallah. Daripada qadarullah (takdir Allah) ini, menjadikan mereka insan yang bergantung harap hanya kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata. Penyerahan diri kepada Sang Pencipta sememangnya padu dan utuh. Fakirnya saya ini kerana belum mampu mencontohi kebaikan dan kelebihan mereka. 
Allahu musta'an.

Sayyiduna RasulLILAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pernah berpesan "malu itu sangat-sangat baik, akan tetapi malu yang ada pada seorang wanita itu lebih baik". Sejujurnya, kakak-kakak saya memiliki sifat malu yang tinggi. Rendahnya saya, saya tidak begitu. saya kurang malu dan terkadang tak reti nak malu bila berada di khalayak ramai. selalu saja menjatuhkan air muka sendiri di hadapan kebanyyakan orang. Allah. 

saya perlu mencontohi akhlak mereka. selagi perkara itu baik, jangan sesekali ditangguhkan. kata kak ros, kita buat baik, bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. kita buat baik, kita dapat manfaatnya. kalau kita ketegaq, kita menang tapi tetap tak dapat apa-apa manfaat. menang tapi dibenci. :') betul apa yang kak ros cakap. jadi.. syuf! sila jadi pemalu ye lepas ni...! :)


they inspiring meto be a better one. Jzkk.

basic saja

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

entry ni rentetan dari post yang lepas BERSEDIA :')

dengan pengalaman yang seciput ni, yang baru setahun jagung, yang still belum banyak makan garam, saya nak share perkara-perkara yang perlu kita jaga sebelum dan selepas meniti hidup berpoligami. tapi sebelum tu, hati mesti mau bersih na.. hee.. mungkin ada pihak yang tak bersetuju dengan apa yang akan saya tulis sekejap je lagi ni.. takpe.. tu semua tak penting, yang penting sekarang ni, baca bismillah dulu.. heehe  

bagi sesiapa yang ada rancang atau ada niat nak hidup berpoligami, atau........ yang telah membuka hati dan minda untuk menerima 'saudari baru', TAHNIAH! Tahniah saya ucapkan sebab awak-awak semua dah bermula dengan KESEDIAAN yang bakal memberikan awak-awak semua aura positif. insyaAllah semuanya will be smooth, soon. :')

untuk hidup saling berkongsi ni, kita sangat-sangat perlukan hati yang kental, jiwa yang tenang, akal yang bersih, fizikal yang kuat, emosi yang stabil, kelembutan yang bertingkat-tingkat, kasih sayang yang tak putus-putus, keikhlasan yang tak boleh dinilai, kemaafan yang melimpah-ruah, cemburu yang mudah dikawal dan adab yang luhur. satu lagi, SIFAR amarah. hah?! Tak boleh nak marah langsung ke? marahlah tapi berpada-pada pada tempatnya. tak boleh marah melulu. :') semput tak nak baca? hahaa.. mudah fahamnya, kita memerlukan akhlak mahmudah yang sangat tinggi. ;')

kita bukan ma'sum (manusia yang terhindar dari buat dosa) ... kita manusia yang ada nafsu. yang ada sifat marahnya, cemburunya, hasadnya.. ye, betul. kita hanya manusia yang serba-serbi dengan kekurangan (saya terutamanya). Ye, nafsu yang pelbagai tingkatan tu, terkadang agak sukar untuk ditundukkan. kan? jangan risau. segala kesulitan, pasti ada jalannya. nak seribu daya, tak nak seribu alasan. gituuu ke?! hahaha.. tak nak seribu dalih laaa.. ;p

tapi kalau kita belum cukup sempurna untuk jadi insan yang berakhlak mulia, kita berusahalah untuk capai ke tahap tu sebab............. sekiranya kita gagal, akan timbul sedikit kesulitan dalam menjamah kehidupan yang di hadapan tu nanti. realitinya, jalan cerita akan datang akan lebih mencabar dari sangkaan kita :') ada ketika, kita akan rebah tak berpautan. tapi tu semua untuk sementara je. Chill.. :')

ok.. untuk entry ni, kita warming up je dulu k :') next entry, kita membebel pula fasal 'agih-agih'.. Oh keep smiling and steady ok?

saling mengingati itu baik

Sunday, 11 January 2015

sedia

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

dalam banyak-banyak perkara dalam hidup ni, ada satu di antara beribu hal yang terkadang kita (kaum hawa) ni terlupa dan...................... yang pastinya tak semua wanita mampu terima dengan hati yang terbuka. rasa-rasa apa bendanya?

'propaganda' yang berlaku di sekeliling kita menyebabkan kita menyangka bahawa perkara itu merupakan sesuatu yang agak 'mengerikan' dan 'menakutkan'. Drama TV sekarang ni pun banyak melakonkan watak-watak berkenaan. lakonan yang saya anggap berjaya membuatkan kita terpedaya dan percaya bahawa perkara itu betul-betul sesuatu yang 'dahsyat'.

saya sendiri tak nafikan kebenaran cerita tersebut :')

jeng
v
v
v

jeng
v
v
v

jeng
v
v
v

It's all about polygamy, dearest ;')

 lihat bagaimana rancangan TV menggambarkan keadaan hidup sebelum dan selepas dimadukan, kekalutan yang bakal berlaku semasa mengharungi 'ujian nan sedikit tetapi berat' itu dan bagaimana pula 'jalan singkat' menjadi solusi untuk menambat hati suami.

look. poligami bukan sesuatu yang baru. poligami dah berlaku ribuan tahun yang sudah, bahkan Rasulullah juga berpoligami dan kita perlu ambil iktibar dengan apa yang Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam ajarkan. poligami bukan sesuatu yang perlu kita tolak, akan tetapi sesuatu yang perlu di bawa dalam hakikat kehidupan yang memerlukan kepada kefahaman, penelitian dan perSEDIAan. Ye, persediaan dari segi ilmu khususnya, mental, emosi, rohani dan fizikal.

'positive mind set' berkaitan poligami adalah permulaan yang sangat-sangat penting untuk kita jaga supaya minda sedar kita mampu menghadirkan aura-aura yang akan mewujudkan suasana harmoni alam berumahtangga. Fikir yang baik-baik, natijahnya juga baik. begitu juga sebaliknya. Fikir kita mampu, InsyaAllah Allah pasti akan salurkan kemampuanNya untuk kita lalui segala 'kesulitan' seiring dengan genggaman kasih dari Sang Pemilik alam semesta. :')

yang penting PERSEDIAAN itu perlu ada.
Allahu musta'an.
insyaAllah.

16 Februari 2013
semoga Allah berkati ikatan ini.


Thursday, 1 January 2015

M.M.S ^^

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

terjahan yang tiba-tiba terkadang membuatkan saya terduduk tunduk terus ke bumi. tangan tidak mampu lagi melambai apatah lagi kaki. lumpuh seakan-akan mati tak bernadi. :') begitulah yang saya rasa bila iman di dada rapuh. begitu jugalah yang saya rasa saat RoObb seperti 'lenyap' seketika, walhal sunnatullah, DIA tidak pernah hilang. :')

Allahu hinanya hambaMu ini saat dilanda badai. merajuk padaMu, seolah-olah Engkau tidak pernah kasihkan diri ini. tanggapan apakah itu?! ;'(

shuh!
RoObbku bukan begitu. DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA yang Esa tiada gantinya. kerana DIA lah saya sampai ke tahap ini. kerana DIA saya masih lagi 'hidup' di bumi ini dan.............

kerana kasihNya jualah, saya bersama my MR.SoObir (M.M.S) a.k.a my beloved husband dikala ini. Allahu. Allahu. Allahu. Hanya RoObbku saja yang tahu segalanya. Perjalanan untuk bertemu my MR.SoObir ternyata tak mudah. :')

Daripada satu pertemuan ke satu pertemuan, daripada satu perkenalan ke satu perkenalan, daripada satu destinasi ke satu destinasi, my MR.SoObir adalah pengakhiran status bujang saya. my MR.SoObir ni lah punca saya menyandang title 'Mrs' :)

ya RoObb... pilihanMu yang terbaik dan aku akur bahawasanya aku tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk diriku. Benar kataMu 'terkadang apa yang kamu suka, tak baik untukmu dan terkadang apa yang kamu tak suka, itulah yang terbaik untuk kamu'.

walaupun baru setahun sepuluh bulan saya hidup bersama my MR.SoObir, saya akui bahawa memang dialah yang benar-benar sesuai menjadi teman hidup saya. Sungguh, my MR.SoObir adalah orang yang sabar dan sabar dengan kerenah saya..................selepas mak. kematangan my MR.SoObir mampu menangani sifat keanak-anakkan saya.

kanda, dinda akan cuba laksanakan amanah sebagai seorang isteri kepada kanda. dinda akan lebih memelihara kehormatan diri dinda supaya nama baik kanda terjaga. insyaAllah. Dinda berusaha ke arah yang lebih baik.

doakan dinda, kanda.

semoga Allah rahmati hubungan kita hingga ke syurgaNya