Wednesday, 10 December 2014

masjid yang harmoni

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

Dari ‘Aisyah RadhiyALLAHu Anha katanya:”Aku tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya aku kepada Khadijah. Sesungguhnya ROBB telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Ternyata keistimewaan Insan bernama Sayyiditina Khadijah Binti Khuwailid Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qushai pada Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam tidak dapat dinafikan dan tiada bandingan.

Apakah rahsianya?

Rahsianya mudah, latihlah diri (suami) mengikut akhlak Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Kita inginkan isteri yang semulia Sayyiditina Khadijah Al Kubra, namun kita tidak cuba mengikut jejak mulia Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. 

Sebaik-baik pasangan adalah pasangan yang tidak meletakkan salah pada pasangannya, sebaliknya berusaha membaiki dan memperindahkan hubungan dalam apa jua keadaan.

Pernah ditanya kepada sang faqir dalam beberapa forum, jika kahwin, kemudian bercerai, kemudian kahwin lagi, cerai lagi, adakah itu dimaksudkan Jodoh yang salah atau tersalah pilih jodoh?

Jawab sang faqir, jika kita mencari salah, kita hanya akan bertemu yang salah. Tiada istilah jodoh yang salah atau tersalah pilih jodoh. Yang berlaku, adalah tersilap menjaga atau menguruskan jodoh. Kerana hakikat jodoh adalah rahsia ALLAH Jalla Waala yang berada dalam rahsia Qada' dan Qadar ALLAH Jalla Waala, begitu juga dengan Pertemuan, tanpa pertemuan, bagaimana mungkin ada jodoh. Yang perlu dijaga sebelum halal, adalah menjaga pertemuan. Yang perlu dijaga selepas dihalalkan hubungan, adalah menjaga jodoh.

Apakah rahsia dalam menjaga dan menguruskan Pertemuan?

Jawapannya SYARIAT dan AKHLAK

Apakah rahsia dalam menjaga dan menguruskan Jodoh?

Jawapannya SYARIAT, AKHLAK, SABAR dan TENANG.

Para suami sabar dengan 'thundercat' dari isteri, para isteri sabar dengan sikap 'incredible hulk' suami. 

Para suami rajinkan diri menguruskan hal-hal rumah, kerana sifat Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam apabila berada di rumah, isteri akan dilayan seumpama permaisuri. Biasakan diri mengucup dahi isteri sebelum melelapkan mata untuk tidur malam, ucapkan kata-kata indah ke telinga mereka (para isteri), kerana mereka tidak minta gaji berjuta untuk pengorbanan mereka, yang mereka perlukan adalah penghargaan, belaian dan sentuhan kasih sayang suami walaupun sekadar sesaat.

Para isteri lazimkan diri memicit atau mengurut kaki suami, kerana beban badan dan otak yang letih ditanggung oleh dua kaki, maka cukup dengan memicit kaki suami, kalian (para isteri) sudah melayan suami kalian seperti raja, dan suami akan merasa indah seperti di dalam syurga. Yakinlah kalian (para isteri) akan menjadi ketua bidadari kepada suami di dalam syurga kelak. Rajinkan diri memohon maaf pada suami walaupun tiada kesalahan sebelum melelapkan mata tidur malam.

Inilah antara tips rumahtangga yang indah lagi bahagia menurut acuan Islam.

InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan urusan rumahtangga sekalian sahabat.

masalah saya

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

kadang-kadang, apa yang kita suka tu tak baik untuk kita dan kadang-kadang apa yang kita tak suka tu lah yang baik untuk kita. setuju? setuju lah sebab ini lah fitrah kehidupan insani macam kita ni. :')  

...............................................................................
...................................................................

...........................................................
....................................................
........................................
.

inilah masalah saya :')
tengah-tengah menulis, idea hilang dengan tiba-tiba.
apakah maksudnya?

thinking positive. 
eurm mungkin Allah tak bagi saya cerita kisah ni agaknya. mungkin Allah nak jaga saya. 
mungkin Allah nak selamatkan saya. It's ok :')

tidak mengapa duhai PENCIPTAku :') 
aku tahu Engkau kasihkan hambaMu yang jahil ini. :') Thank Allah :')

 sebenarnya saya selalu mengalami keadaan macam ni (idea hilang dengan tiba-tiba) walhal, tadi tu (sebelum nak menulis) idea mencurah-curah, tapi bila dah start menulis, lost! setiap kali saya nak cerita kisah ni, mesti macam ni.

Alhamdulillah :)
segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi

insyaAllah besar hikmahnya :)

senyum!

syukurlah

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

setelah berfikir-fikir, saya akui, setahun sepuluh bulan menyandang gelaran sebagai seorang isteri dan mama adalah jangka masa yang belum cukup mematangkan diri saya untuk menjadi 'insan yang terbaik' untuk kebanyakkan orang, terutama sekali mereka yang mengelilingi kehidupan saya dan my Mr.SoObir.

Alhamdulillah. Allah hadirkan my Mr.SoObir untuk setiap sebab dan musabab :')

setiap yang berlaku tiada yang sia-sia. lihat saja percaturan yang DIA rancang buat saya. Tersusun dan rapi. dari sebelum saya lahir hinggalah saya pergi menghadapNya kembali, disepanjang perjalanan ini, jatuh bangun saya, tawa tangis saya, suka duka saya, hidup mati saya, semuanya telah tertulis di luh mahfuz. 

Apa yang saya pelajari, hidup ini satu didikan. Yang telah terjadi itulah didikan untuk diri saya. Yang telah terjadi itulah titipan dariNya untuk saya selalu ingat bahawa hidup ini BERTUHAN dan hidup ini BERTUJUAN.

adanya kita untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah Azza wa Jalla. Lihatlah apa jua yang dipandang mata sebagai bukti kebesaran Allah. Apa jua yang kita rasa, apa yang kita nampak, apa yang kita fikir, semuanya berbalik kepada Allah. Sungguh, hanya DIA lah yang MAHA berkuasa. Kita hanyalah hamba. Kita ini hanya makhluk yang lemah, tiada daya, tiada qudrat sedikit pun jikalau bukan kerana adanya pinjaman nikmat dariNya.

bersyukurlah!
zahirkan kesyukuran kita dengan ketaatan dan bukan dengan kelalaian dan maksiat.

Saturday, 6 December 2014

how are you?

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

what to write here

?
?
?
?
?
?
?
?

I can not thinking right now sebab saya asyik teringatkan awak je.
macam mana keadaan awak sekarang?

awak ok ke tak?

moga-moga Allah tak jauh dari awak. moga-moga Allah agihkan sedikit kekuatanNya untuk awak, sahabat yang jauh. agar dengan kekuatan itu memberikan semangat yang luar biasa. 

I hope soo.. insyaAllah.

smile please :')

Friday, 5 December 2014

my dear AZIEY

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum
 
dear aziey, saya tak pandai english. saya tak fasih speaking english. tapi bila saya baca latest post kat blog awak, saya dah dapat teka apa yang berlaku. bila saya baca previous posts, jangkaan saya betul. my tears rasa macam nak mengalir. honestly, sebaknya saya rasa macam saya nak peluk je awak. tapi kita jauh. kita jauh :'(

telinga ni, terngiang-ngiang suara perlahan awak yang cuba meluahkan seluruh kedukacitaan yang awak sedang lalui. mata ni, terbayang-bayang wajah awak yang tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. akal saya, terbayang-bayang gelak pura-pura awak yang mencuba untuk menghiburkan hati. susuk tubuh awak seakan-akan duduk di hadapan mata saya. menangis dan kemudian ketawa hambar. menangis lagi dan kemudian ketawa semula dan terus bercerita lagi. betul, semuanya tak mudah. sekiranya bahu saya yang memikul semua kesakitan itu, saya juga rebah. tapi jika itu saya.
 awak?! awak perlu kuat! tabahlah sahabat yang jauh dari pandangan mata ini.

tangisan hari ini adalah bahagia hari esok. percayalah!
kesakitan hari ini adalah keceriaan hari esok. percayalah!
kepiluan hari ini adalah penawar hari esok. percayalah!

ini takdir kita. ini percaturan DIA.

aziey, saya ada aisy. aisy suka main-main di celah kaki iron board bila saya tengah seterika baju. terkadang, saya biarkan dia paut pada kaki iron board tu dan terjatuh. sakit dan aisy menangis. awak rasa, saya akan biarkan tak aisy berdiri dan pegang iron yang panas lepas tu? cukup sekadar dia terjatuh tadi, dan saya takkan biarkan dia cedera disebabkan terkena iron yang panas pula. ;')

See. Allah pun begitu. DIA bagi awak kesakitan yang membuatkan awak menangis hari ni, tapi DIA, yang Maha Tahu dan DIA Maha Kasih, selamatkan awak dari mudharat yang lebih besar dan lebih dahsyat. Takkan dia biarkan awak cedera parah meskipun DIA mampu lakukan sekiranya DIA berkehendak. ;')

senyumlah sayang. Lihat terus ke depan. Pengalaman semalam mendewasakan kita. :')
awak hilang semuanya hari ini dan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih besar nanti. Saya tahu awak tahu. Saya tahu awak sedar. Lekas, buang cepat tanggapan negetive yang cuba mengusik akal dan iman. Berdirilah dengan kalimah basmalah dan hadirkan semangat baru!

AYUH! berTENAGAlah! Jangan KALAH! Jangan!