Wednesday, 21 May 2014

release yourself ii

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

*****
bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^

*****
di permulaan yang awal
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan olehNya melalui pinjaman segala kenikmatan ^^
 
kita masih berbicara perihal dhuha :)
 
Indahnya berdhuha kita peroleh ketenangan hati. Seperti mana yang kita sebut-sebutkan dalam doa dhuha "ketenangannya ketenanganMu", kita masih dapat merasa tempias 'tenang' walaupun focus utama dhuha adalah mohon kelapangan rezeki dan jelas, rezeki itu terzahir dalam pelbagai bentuk.

ketenagan itu juga merupakan salah satu rezeki buat hati kita. ^^

saat berdhuha, aku selitkan hajatku pada Dia Yang Maha Mendengar
"Tuhanku, rezekikan kami (seluruh ahli keluargaku) tempat di dalam syurgaMu"

berolehnya tempat di dalam syurga itu juga rezeki namanya. walaupun aku belum tahu tempatku di mana, aku masih berharap 'rezeki' itu menyebelahi kami nanti.

.Aku menulis kerana aku mengharap Allah redha.

Tuesday, 20 May 2014

IBADAH SEORANG ISTERI

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum 

*****
bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^ 
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^ 

*****
di permulaan yang awal 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan olehNya melalui pinjaman segala kenikmatan ^^

Diriwayatkan oleh Salman al-Farsi bahawa pada suatu hari datanglah Fatimah ke rumah Rasulullah SAW dengan wajah pucat dan air mata berlinang. Maka Rasulullah SAW bertanya:

"Mengapa kau anakku ?"

Fatimah menjawab: 

"Terjadilah antara aku dan Ali saat bergurau dan bercakap-cakap, tiba-tiba ada kata-kata yang keluar dari mulutku yang membuat dia marah, setelah aku tahu Ali marah padaku, maka menyesal dan bersedihlah aku, maka aku merayu dan mengelilingi sampai 72 putaran sampai kelihatan ia ridho padaku dan terkulum senyum dibibirnya dengan ramah, aku takut kepada Tuhanku." 

Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya : 

"Wahai anakku! Demi yang telah mengutusku dengan haq sebagai nabi sesungguhnya seandainya kau mati sebelum Ali redha kepadamu, aku tidak akan solat (jenazah) untukmu." 

"Hai anakku! Apakah kau tidak mengerti bahwa kerelaan dan keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan marahnya suami adalah marahnya Allah?" 

" Wahai anakku, wanita manapun yang beribadah seperti ibadahnya Maryam binti Imron, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, tidak akan diterima ibadahnya oleh Allah. Hai anakku! Sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada pekerjaan yang lebih afdhal dari pada duduk menenun, menjahit." 

"Hai anakku! Duduk satu jam menjahit (pakaian suami dan anak-anaknya) adalah lebih baik bagi wanita daripada beribadah setahun dan Allah akan mencatat bagi mereka pahala seorang mati syahid untuk tiap-tiap jenis pakaian yang dirajut, ditenun atau dijahit." 

"Hai anakku! Orang yang merajut dan menenun untuk pakaian suaminya dan anak-anaknya diwajibkan ia masuk syurga dan diberi kota di syurga untuk tiap orang yang memakai pakaian dari hasil kerjanya."

Saidina Ali r.a  meriwayatkan hadis Rasulullah SAW mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. 

"Wanita yang berkata kepada suaminya bahawa ia tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, maka Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." 
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” 
(Hadis riwayat Muslim).

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.”
(Riwayat Al Tausi).

"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali merujuk kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda".
(riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

KESIMPULAN

Sekadar renungan petang. Secara umumnya ketaatan dan khidmat seorang isteri yang ikhlas buat suami dan anak-anaknya adalah punca keredhaan suami dan adalah kunci syurga rumah tangga. 

Jangan pula lepas ni semua isteri berhenti memasak dan membasuh pakaian. Jangan pula pakat masuk kelas jahitan dan serbu kedai SINGER dan beli mesin jahit. 

Copy paste by Kudap Munakahat
WARGA PRIHATIN

release yourself

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

*****
bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^

*****
di permulaan yang awal
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan olehNya melalui pinjaman segala kenikmatan ^^
 
Tak rugi kita lapangkan masa untuk bagi hadiah pada diri sendiri.
Tak salah kita sediakan ruang untuk diri kita berehat. kan...?? 
well, hidup ni tak perlu straight sangat! o.O

take five minute to release yourself by dhuha.
ehhe.lima minit pon tak sampai. huu. dua raka'at je pun.

istiqamahlah duhai diri!

Tiang agama

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

*****
bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^

*****
di permulaan yang awal
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan olehNya melalui pinjaman segala kenikmatan ^^
 
 Di dalam kita sibuk mengejar dunia, dalam pada kita sibuk mencukupkan keperluan hidup, dalam kesibukan mengejar cita, maka jangan lupa menyibukkan jiwa ini dengan santapan rohani.

Allah ciptakan sesuatu bukanlah sia-sia. maka penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Jelas, keberadaan kita di bumi Allah ini adalah untuk menyembah Dia yang satu. Dia yang Esa, Dia yang Agung, Dia yang Maha Kaya. Dia adalah Allah 'Azza wa Jalla. 

Ramai manusia, bahkan diri aku sendiri sering kali terbuai dengan godaan isi dunia hingga aku lupa! kadang, aku ingat, tapi aku lengah. Sengaja berlengah! Walhal, Allah telah menjanjikan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang menjaga solatnya, yang khusyuk di dalam solatnya dan sungguh! aku di antara orang yang gagal.
 
SOLAT merupakan gambaran hidup kita, gambaran jati diri kita. Andai solat kita 'semberono' bak kata orang jawa, maka kita juga di antara orang yang semberono. main redah saja. sekiranya solat yang kita dirikan itu berkualiti, maka kita juga adalah orang yang berkualiti!
 
Contah. Bila seseorang mendirikan solat di awal waktu, tindakan itu menggambarkan dia adalah orang yang menepati masa dan amanah dalam melaksanakan tugas. 

sekali lagi, kita adalah sepertimana solat kita.

berusahalah untuk solat di awal waktu.
berusahalah untuk mendirikan solat dengan khusyuk.

Dirikanlah solat! 
Perbaikilah solat!
istiqamahlah duhai diri!

Adanya Engkau

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum 
 
*****
bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^

*****
di permulaan yang awal
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah masih diberikan kepercayaan olehNya melalui pinjaman segala kenikmatan ^^

Setahun empat bulan berlalu, setelah kami sah diijabkabulkan pada 16 Februari 2013, kehidupanku berubah cara. berubah suasana. berubah segala-galanya. :)

Enam bulan yang lepas aku selamat melahirkan puteri pertama kami dengan jayanya berkat kasih sayang Rabbul Izzati yang tiada timbang tara. Allah bantuanMu menguja hatiku. :)

Allah..

sesungguhnya aku kuat kerana adanya Engkau di sini. Engkau mengelilingi aku. Engkau bersamaku. keberadaanMu merupakan semangat untuk aku terus gagah meniti jambatan yang bergelimpangan dengan liku dan duri.

Allah..

hidup ini sukar sekiranya Engkau menjauh. Langkah kakiku sering saja tersasar bila Engkau hilang. Hatiku lemah bila namamu kupadam walau untuk seketika.

Allah..

Pentingnya Engkau untukku. Maafkan aku andai aku sering alpa dengan dunia.

Sunday, 18 May 2014

niatku

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

niatku
ingin bercerita tapi bukan cerita lagha

niatku
ingin berkongsi tapi bukan perkara yang basi

niatku
bukan untuk mengadu domba
bukan jua meraih simpati
bukan untuk mengapi-apikan emosi

bersihkan hatimu saat meniti garis bicaraku ^^
waspada mindamu saat bermonolog dengan penulisanku ^^

di permulaan yang awal
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
.
.
.
aku menulis kerana aku mengharap Allah redha