Tuesday, 28 October 2014

Ikhtiar masalah gangguan

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

Reuplod

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN :

1) Pastikan diri dalam keadaan berwudhuk, berada di tempat yang bersih dan tenang (tidak dikhalayak)

2) Sebaiknya dirikan solat sunat taubat 2 rakaat.


3) Selesai solat, jari telunjuk kanan diletakkan (tunjuk) ke dada kiri, mata dipejamkan dan hadirkan kalimah الله di depan wajah.

4) Tarik nafas melalui hidung, dalam hati, ucap Ismuzzat, الله , tahan nafas, (dalam hati) ucapkan kalimah Toyyibah لا إله إلا الله, sebanyak mungkin.

5) Lepaskan nafas perlahan-lahan, dengan Kalimah Huu. Dengan doa, MOHON semoga ALLAH Azza Wajalla keluarkan segala yang bathil.

6) Ulang langkah 4 &5 dalam bilangan ganjil. Sepanjang amalan, jangan dialihkan 'pandangan' daripada kalimah الله di depan mata.

7) Jika selepas dilepaskan nafas, ada berbau terbakar atau hangit, adalah lebih baik, membuat mandian. (Pastikan periksa rumah dahulu, bimbang dapur yang terbakar )

InsyaALLAH, jika ada berbau hangit atau terbakar, itu bermaksud, anda telah dibebaskan oleh ALLAH dari gangguan tersebut.

Paling utama, HARAP pada Redha dan Rahmat ALLAH Jalla WaAla akan segala amal dan perbuatan.

ALLAHul Musta'an.

by: Ustaz Wan Asrul al-Kalantani

jenis tidur

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum


2 jenis tidur yang AMAT PERLU DIELAKKAN, iaitu :

1) Tidur selepas Subuh (Hailulah)

2) Tidur selepas Asar (A'ilulah)


Dalam Islam menekankan akan 2 perkara ini, begitu juga dengan sains dari sudut perkembangan otak dan fisiologi jantung serta 3 organ utama yang lain.

Antara faktor nyanyuk atau alzheimer adalah disebabkan 2 perkara ini.

Kedua-dua waktu ini adalah waktu terbaik untuk peransangan otak dan jantung, bukan waktu rehat bagi kedua-dua organ tersebut.

Manakala, Tidur Malam dan Qoilulah, iaitu sekitar 30 minit sebelum Zuhr, terbaik untuk merehatkan otak dan jantung.

Maka, pilihlah waktu kerja dan rehat yang terbaik.


by: ustaz wan asrul al-kalantani

Buat apa belajar tinggi-tinggi?

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

Suatu ketika, TIAF didatangi oleh satu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang membawa serta ibubapa mereka, termasuk anak-anak kecil.

Seperti biasa, kehadiran mereka bertujuan untuk diagnos dan mendapatkan khidmat rundingcara berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.

Setelah selesai sesi Diagnos, sang faqir mula disoal oleh ibu kepada pasangan suami isteri ini, yang sang faqir panggil Makcik K.

Gaya Makcik K ini tidak ubah seperti gaya seniwati Mariani, dengan gaya bercakap, berjalan dan memandang orang. Dan kelihatan dirinya lebih dominan berbanding suaminya yang pendiam.

Makcik K mula menyoal sang faqir.

Makcik K : Ustaz umur berapa sekarang?

Sang faqir : (Memaklumkan umur)

Makcik K : Ooo muda lagi. Dah ada anak?

Sang faqir : AlhamduLILLAH, sudah, insyaALLAH Januari tahun depan (2015) nak masuk 4 orang.

Makcik K : Boleh tahan. Nie mesti kahwin muda nie. Orang rumah umur berapa?

Sang faqir : (Memaklumkan umur)

Makcik K : Muda lagi. Rugi je masa, masa muda nielah nak kerja besar, cari duit. Belajar sampai peringkat mana? Kerja apa dia (merujuk kepada isteri sang faqir)? (Makcik K dicuit oleh anak perempuannya)

Sang faqir : (Dalam hati, sabo je la) AlhamduLILLAH makcik, isteri saya berjawatan besar sekarang, besar dari saya. Kalau ikutkan gaji, memang tak terjangkaulah dengan gaji saya.

Makcik K : (Terbuka luas mata) Bagus tu, kerja apa tu? Kalau ikut umur dia, sebaya dengan anak makcik yang tengah sambung belajar sekarang.

Sang faqir : Kerja dia memang saya pun tak mampu nak buat. Memang tak terdaya, sebab tu gaji dia tak terjangkau banding dengan gaji saya.

Makcik K : Company mana dia kerja? (Anak dan menantu Makcik K mula menunjukkan keadaan yang tidak senang dengan situasi ibu mereka).

Sang faqir : Company pun besar makcik, kena urus macam-macam.

Makcik K : Bagus tu, muda-muda dah gaji besar, kerja company besar. 
Kat mana tu? Kot-kot satu company dengan anak makcik.

Sang faqir : Company Baitiy Jannatiy.

Makcik K : Tak pernah dengar pun, kat mana tu? Melaka juga ke?

Sang faqir : Yer, di Melaka je.

Makcik K : Dekat ke tempat kerja dia dengan rumah?

Sang faqir : Dekat sangat, dalam rumah je pun. (Anak dan menantu Makcik K tergelak, suaminya yang dari tadi diam tanpa reaksi, turut tersenyum)

Makcik K : Laa, duk rumah saja. Kenapa dia tak keluar bekerja, kan sekarang bagus kalau orang perempuan bekerjaya. Tengok macam anak saya nie, (menunjukkan kepada anaknya) kerja pensyarah, yang no 3 kerja di petronas. Zaman dah berubah, orang perempuan kena keluar bekerja.

Sang faqir : (Sambil senyum ‘cool’, walaupun dalam hati ALLAH saja yang tahu) Beginilah makcik, memang saya tidak galakkan dia bekerja, walaupun tahap pengajian dia memang bagus dan tinggi. Nak tanya anak makcik yang sebaya isteri saya sekarang, masih belajar, dia ambil pinjaman atau bayar sendiri?

Makcik K : Ooo yang tu, dia ambil PTPTN. (waktu ini terbayang iklan, PTPTN kan adoo)

Sang faqir : Ok, buat pengetahuan makcik, isteri saya dapat pinjaman MARA dulu, habis pengajian dia, pinjaman tu dia tak perlu bayar, bertukar jadi biasiswa. Makcik faham tak maksudnya?

Makcik K : Hmm, tak berapa faham.

Sang faqir : Maksudnya, dia tak perlu bayar semula pinjaman yang dibuat semasa belajar dulu, pasal pencapaian CGPA dia. Mudahnya makcik, dia cemerlang.

Makcik K : Haa, habis tu mesti boleh dapat kerja besar kan? Kenapa tak pergi kerja je (Makcik K tidak puas hati)

Sang faqir : Pasal dia belajar tinggi-tingi semata-mata untuk jaga makan minum suami dan jaga pendidikan anak-anak.

Makcik K : Saya tak setuju tu, buat apa buang masa lama-lama kat U kalau setakat duduk rumah jaga suami dengan anak? Kan ke buang masa tu.

Sang faqir : Makcik, saya pinjam ayat makcik semula, zaman dah berubah. Itulah hakikatnya. Zaman sekarang, sudah tiba masanya kembali kepada asalnya, iaitu tempat orang perempuan di rumah. Maksudnya kepentingan utama orang perempuan di rumah. Belajar tinggi-tinggi tu, tak lain dan bukan semata-mata untuk jadi cikgu, pensyarah, ustazah, professor, doctor, chef dan jurutera kepada anak-anak di rumah. Sebab itu saya bagitahu, gaji saya tidak terjangkau dengan gaji dia, memang saya tak mampu bayar semua tu, pasal tinggi. Tapi lebih tinggi makcik, ialah dia tak pernah minta balasan untuk semua tu, itulah gaji yang saya tak mampu langsung untuk bayar.

Makcik K : ( Makcik K terdiam dan hanya menjawab pendek) Dah macam tu, nak buat macam mana, itu dah pilihan dia.

Sang faqir : Dan disebabkan pilihan itulah makcik, saya tidak pernah rasa malu isteri saya tidak bekerja, malahan lebih bangga, kerana anak-anak saya bersama-sama JAMINAN masa depan mereka. Jadi, kalau orang tanya saya, kenapa belajar tinggi-tinggi kalau semata-mata hendak duduk di rumah sahaja? Jawab saya mudah makcik, zaman sudah berubah. Dari dulu kaum ibu jadi tonggak dalam keluarga, tulang belakang untuk suami, maka samalah juga sekarang nie. Tapi tak bermaksud yang bekerja tu, tak layan keluarga dengan baik, boleh jadi mereka ada tanggungan besar, itu sudah ketentuan hidup. Sebab itu, saya tidak pernah bimbang anak-anak saya tidak ke sekolah, pasal saya yakin dan tahu, anak-anak saya ada cikgu, prof, doctor dan pensyarah yang terbaik bersama mereka.

******************************************************************************
Makcik K terdiam, ahli keluarga lain khusyuk mendengar bebelan demi bebelan sang faqir. Berbetulan azan Asar sudah berkumandang, maka mereka meminta diri untuk pulang. Makcik K kelihatan seperti tidak puas hati. Anak dan menantu Makcik K memohon maaf pada sang faqir kerana kelakuan ibu mereka. Bagi sang faqir, ianya tiada masalah dan sudah menjadi lali, itu belum makcik-makcik yang ‘kepoh’ di kampung, jadi pertanyaan dan pandangan Makcik K sudah menjadi nasi dan lauk sang faqir hadapi.

Sekadar perkongsian kepada yang masih beranggapan bahawa tugas seorang Ibu di rumah hanya sekadar memasak, membasuh baju dan melipat baju.

Walaupun pada hakikatnya, sang faqir tidak pernah membenarkan isteri tersayang membasuh dan menjemur pakaian sejak dari awal perkahwinan, kerana itu sudah menjadi tugas sang faqir.

Jadi, wahai sekalian suri rumah, berbanggalah kalian dengan ‘pekerjaan’ kalian, kerana tidak semua yang mampu menanggung pekerjaan seperti kalian.

Wahai suami kepada suri rumah, berbanggalah dengan isteri kalian, kerana mereka bekerja tanpa gaji, malahan tanpa meminta gaji, dan pada hakikatnya kalian tidak akan mampu membayar gaji mereka, walaupun dengan sekalung rantai berlian habib jewels atau sepasang gelang wah chan setiap bulan.

by: ustaz wan asrul al-kalantani

baiknya mereka ;')

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

Lagi kebaikan my dear halwanis, Kak Ros dan Kak Mila yang perlu saya ingat sampai bila-bila. Selepas kelahiran puteri sulung kami, saya berpantang di rumah mak. Mak yang jaga saya. Semoga Allah kasihkan mak saat hari perhitungan bermula. Semoga mak menjadi tetamuNya untuk menikmati segala nikmat syurga Illahi. Biiznillah, amin.

Kita cerita lagi tentang kebaikan mereka. Akal mengimbau kenangan lalu, mencari setiap inci kebaikan yang mereka hadiahkan buat diri yang hina ini. Saya masih ingat lagi saat kandungan semakin sarat. Kanda pulang ke kediaman Kak Mila dan Kak Ros pelawa saya untuk tinggal bersamanya sehingga giliran saya tiba. Kak Ros risaukan kami. :’) jangan risau Kak Ros. InsyaAllah kami selamat. Allah kan ada. Betapa mereka kasih dan pedulikan saya. Terima kasih atas pelawaan Kak Ros, maafkan saya. Saya lebih selesa duduk sendiri di kediaman saya. InsyaAllah, tiada apa-apa yang berlaku selagi Allah berkehendak semuanya dalam keadaan baik. Doakan saja keselamatan buat kami berdua.

Dan lagi………

Semasa di Semenchu (kampung mak), saya didatangi oleh madu-madu saya. Mereka datang untuk menziarahi kami (saya dan aisy). Terharunya saya………….. :’) kehadiran kalian tersangat-sangat kami alu-alukan. Jazakumullah khairal jaza’.

Kak Mila, terima kasih untuk hamper aisy :’) 




Kak Ros, terima kasih untuk rompers aisy :’)

Kak ainun, terima kasih untuk set sock, cap & sarung tangan untuk baby aisy :’)

semoga Allah hadiahkan syurgaNya buat kalian semua

Tanda Anak Bijak

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

(Reupload) 
Tanda Anak yang Bijak boleh dilihat pada tahap umur berikut :

1-3 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berlainan dengan arahan diberi oleh ibubapa. ( Fasa memerhati - mencuba)

4-6 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berganda dengan arahan yang diberi oleh ibubapa (Fasa mencuba - memerhati)

7 tahun : Mengikut arahan ibubapa dengan faham dan berfikir. (Fasa Faham-Fikir-Fungsi)

Oleh kerana itu, psikologi Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam anak yang berumur 7 tahun perlu DISURUH solat, BUKAN diajar solat, kerana umur 7 tahun sudah melibatkan Tindakan bukan lagi Plan tindakan.

Dan kerana itu jugalah apabila sampai umur 10 tahun, jika masih tidak mendirikan solat, maka perlu dipukul dengan niat dan lokasi mengajar, sebagai tanda ketegasan, pada peringkat umur ini anak-anak akan lebih menghormati ibubapa yang tegas, kerana mereka dihormati sebagai orang yang sudah dewasa.

Umur 1-6 tahun adalah waktu kita memahami mereka untuk mendekati mereka supaya mereka mempercayai kita (ibubapa).

7-10 tahun adalah waktu mereka memahami kita (ibubapa) supaya kita memberi perhatian kepada mereka (anak-anak).

Anak-anak umpama aliran air sungai, kita ibubapa umpama alur dan tebing sungai yang membentuk serta mengawal aliran sungai.

Pastikan alur dan tebing betul salurannya, supaya air tersebut menjadi manfaat dan berfaedah untuk kegunaan.

by: Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani

Alhamdulillah

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

Tenang……………..

Walaupun dah masuk labor room pertama, saya masih tenang. Tiada gentar mahupun gementar. Saya dah 100% bersedia.Sedari awal mengandung lagi saya dah bersedia. :) Segala puji bagi Allah yang telah kongsikan kurniaanNya kepada saya.

‘Duhai Allah, cabutlah nyawaku saat aku tiada lagi hutang samaada denganEngkau atau hutang sesama manusia, sungguh mati dalam keadaan aku berhutang, bukan cita-citaku…’ desis hati yang berkali-kali diulang. Saya tahu Allah dengar dan saya pasti dengan percaturanNya yang penuh cinta dan kasih sayang. Akal berkira-kira hutang PTPTN yang belum langsai :p

Doktor Noraini… Doktor yang bakal sambut kelahiran puteri sulung kami. Doktor cakap bukaan jalan belum buka sepenuhnya, jadi beliau menjangkakan bahawa saya akan bersalin malam ni. Hanya jangkaan saja, boleh jadi awal, boleh jadi lambat. Reaksi saya masih lagi tenang. Dalam masa yang sama, menarik nafas mengikut rentak tubuh. Adakala cepat, adakala lelah. :)

Oleh kerana jangkaan awal, malam baru bukaan akan buka sepenuhnya, jadi untuk menunggu masa kelahiran tiba, saya ditempatkan ke dalam ward. Entah ward kelas ke berapa, saya pon tak pasti. Semuanya kanda yang uruskan. Seingat saya, hanya ada 5 buah katil saja di dalam ward saya. Itu pun tak penuh. Keadaan dan suasana yang agak menyenangkan. Alhamdulillah selesa.

Sebaik saja saya ditempatkan ke ward, kanda pon beredar. Ada tugasan yang perlu diuruskan. Tinggallah saya sendirian di ward. Tiada sesiapa yang saya kenal di situ. Mak pon tak ada. Yang ada tak Nampak, tapi dekat (Allah).Untuk memastikan aurat saya tidak dilihat oleh mata-mata ajnabi dan non-muslim, tabir ditutup rapat dan saya berehat di atas katil sambil menonton tv. Entah cerita apa, suara pun sayup-sayup. Saya tak ada feel sangat nak tengok tv, jadi saya cuba buat sesuatu yang lebih bermanfaat.

Apa yang pasti, masa semakin lambat berlalu… kesakitan contraction kian menjadi-jadi. Owh Allah… mampukah hambaMu ini bertahan sampai ke malam? Sekarang baru pukul 12:00 tengahari. Ya Robb…Duhai masa, cepatlah berlalu……… kanda masih belum tiba.

Air mata mula bertakung saat demi saat. Saya cuba tahan. Nanti akan ada sakit yang lebih parah, so relax. Relax. Waktu makan tengahari. Nurse hidangkan lauk pauk di atas meja saya dan beredar. Saya tak mampu nak telan makanan tu. Maaf, memang tak mampu. :’( tak lama lepas tu, nurse datang semula, nak kutip pinggan kotor. ‘awak tak makan?’ ‘kalau saya makan nanti boleh tak?” “ok. Makan tau.” Sekali lagi saya cuba telan sesuap nasi. Ya Allah! Sakit sangat. Saya baring semula. Nurse datang lagi, nasi tak berkurang, lauk masih lagi bersampul. “awak kena makan. Tak boleh perut kosong.” “tak boleh nak makan….” “nanti doctor marah kalau awak tak makan, takut tak ada tenanga…” “sorry, saya memang tak boleh nak makan. Saya makan roti je nanti…” nada yang sememangnya bergetar menahan tangis dan sakit berjaya membuatkan nurse berlembut hati. Terima kasih kerana memahami.

Duduk, baring, pusing ke kanan dan kemudian ke kiri. Selama itu, posisi saya berubah setiap minit. Semuanya tak kena. Gara-gara menahan sakit. Melihat jam di dinding, terasa seakan-akan 3 jam dah berlalu, tapi rupa-rupanya baru 15 minit jarum berganjak. Air mata semakin deras membasahi pipi. Nurse selak tirai katil. “Rini, awak ok tak?” “saya tak ok…” air mata masih mengalir. Kesian melihat keadaan saya, nurse offered painkiller. Untuk kurangkan sakit katanya. Saya setuju. Tak lama lepas tu, nurse yang hantar makanan tadi datang menghampiri saya. Diusap perut saya perlahan, sambil berbual-bual. Nurse cakap, kalau sakit pada bahagian ari-ari, baby perempuan, kalau sakit pada bahagian pinggang, baby lelaki. :)

Baby saya……………………………? :)

Sejam kemudian, nurse yang lain pula datang. Masa untuk bagi painkiller. Hahaha masa ni lawak. :p nurse pesan, kalau boleh tidur, tidurlah. Ok.

Lepas dah bagi painkiller tu, saya pun bangun lah nak ambil wudhu’ dan solat. Takut terberanak sekejap lagi, tak dan pulak nak solat. Sebenarnya risau kalau Allah cabut nyawa saya dalam keadaan saya tak solat zohor. Nauzubillah. Waktu dalam tandas, saya rasa nak pitam! Pening tiba-tiba. Owh mungkin penangan painkiller tadi agaknya.

Bila dah sampai kat katil, saya memang betul-betul nak jatuh dah! Kain telekung yang saya pegang pun dah jatuh atas lantai. Tak larat nak capai kain telekung tu, saya biarkan saja kat bawah. Hanya mampu capai telekung saja. Dalam keadaan mamai tu pun, saya cuba solat. Solat dalam keadaan duduk. Tak boleh nak diri. Senonemg rasanya!. Tengah-tengah sembahyang tu, saya terlelap. Eah tersedar, sambung solat. Bila sujud, terlelap lagi, bila terjaga baru perasan yang saya baca bacaan dalam rukuk. aigoOOo. Ini tidak boleh jadi. Saya batalkan solat dan kemudian cuba untuk solat dalam keadaan berbaring. Guest what happen! Hahahha. Perkara yang sama berlaku. Lastly, saya batalkan solat dan cuba untuk tidur.

Tak Berjaya pun! Keadaan jadi semakin parah bila saya tak boleh tidur dan tak mampu nak buka mata walaupun hanya dalam kiraan lima saat. Kuat jugak painkiller ni. Unfortunately, even ubat tu memberi kesan kepada kewarasan saya, still tak mampu buat saya terdodoi sebab rasa sakit ni lebih kuat penangannya dari painkiller.

Saya dengar derapan kasut kanda menuju ke ruangan ward. Ye! Itu suami saya! Terima kasih kanda. Saya mengadu perihal solat ‘yang yok’ saya tu. Kanda cakap, dalam keadaan ni, saya boleh jama’. Jadi saya niat jama’ ta’khir. Saya mula bercakap-cakap dengan kekanda. Tapi saya rasa kanda tak faham apa yang saya bualkan sebab saya cakap macam orang mabuk. Tak berapa jelas lah.

Tepat pukul 3, nurse datang untuk bawa saya ke labor room. Saya yang tak berapa sedar, bergerak dalam keadaan berat dan malas sambil bertanya “kenapa nak kena pergi labor room? Sekarang ke? Bukan malam ke baru nak bersalin blab la bla”. Saya dengar kanda cakap kat nurse yang saya mamai sebab kena painkiller & kena pakai kerusi roda.

Dalam perjalanan ke labor room, saya cuba cengkangkan mata. Waduuhhh! Enggak bisa! Gima sih……. Ngantuk yang amat! Nurse di kaunter pertanyaan hanya memandang kea rah saya dan tersenyum. Maaf, saya tak mampu nak balas senyum awak. :’(

Sesampai di labor room, saya di arahkan untuk baring di atas katil kaku, berbungkus dengan kulit (kot). Kanda bisik di telinga saya yang kanda nak solat asar dulu. Jadi kanda pun keluar dan tinggallah saya dengan dua orang nurse. Dr.Noraini pon ada. Bukaan jalan baru 4cm. Air ketumban pecah ketika Dr.Noraini sedang membuat pemeriksaan bukaan jalan. Saya terkedu seketika. Rasanya seakan-akan satu empangan yang pecah. Satu per satu saya rasa.

“Rini, baby awak dah berak dalam perut. Jadi kalau dalam masa satu jam setengah degupan jantung baby awak lemah, saya akan terus operate tanpa perlu minta persetujuan suami awak” itu adalah satu berita yang perlu saya terima tanpa rundingan. Saya angguk setuju. Pasrah! Saya pasrah macam mana pun caranya, asalkan baby saya selamat. Untuk mempercepatkan proses bukaan, saya di suruh untuk sedut gas..

“Rini.. Kalau awak rasa sakit, awak sedut je ye…” pesan nurse tersebut berulang kali sehingga bukaan jalan terbuka sepenuhnya. Dalam pada nak sampai ke 10cm, macam-macam gaya dan cara dilakukan dengan bantuan nurse. Yang pasti bibir saya tidak berhenti bertasbih, bertahmid dan mengulang mana-mana surah yang pernah saya hafal sewaktu ketika dulu. Tukar baju etc. Nurse ada suruh saya buka gelang dan cincin tapi saya tak tanggalkan pun. Waktu tu, nak focus pada peyangkut gelang yang halus tu, mana boleh. Hahaha. Jadi, saya biarkan saja. Nurse tu pun tak nak tolong tanggalkan, so saya biarkan saja. Maaf saya memang tak larat!

“jangan teran. Tunggu dulu….” Arahan apakah itu wahai nurse. Anak saya dah nak keluar dah ni……

“mana boleh tahan dah ni……….” Bersungguh-sungguh saya bersuara walaupun hakikatnya suara saya seakan-akan tenggelam timbul. Kelihatan susuk tubuh Dr.Noraini masuk dan menghampiri kaki. Beliau terus duduk dalam keadaan beliau cukup bersedia untuk menyambut puteri saya. Entah bila beliau keluar, saya pun tak perasan tapi saya dapat rasa yang doctor Noraini dah tak ada.

“Ok rini.. teruskan…” kini Dr.Noraini pula yang bersuara. Teringat pesan kakak ipar, bila baby nak keluar, tarik nafas dalam-dalam dan teran satu nafas. Alhamdulillah, yeay! saya dapat rasa……………………… sebuah kenikmatan yang sangat indah. Sewaktu baby ditarik keluar, saya dapat rasa bentuk kepalanya, bahu, lengan, punggung dan kakinya. Halus :) keluarnya baby seiring dengan janji Allah. Saat ini, saya dapat rasakan nikmat janji Allah. Betapa……………… ringannya tubuh saya seolah-olah terangkat ke udara. Benarlah, ibu yang melahirkan anak umpama bayi yang baru lahir. Terasa gugurnya dosa-dosa saya yang lalu satu per satu. Allahu. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Aisy Fayyadhatul Imtiyaz Binti Azhar. 1 Muharram 1435 bersamaan 5 November 2013.

Alhamdulillah.. Selamat menjadi khalifatullah duhai puteri mama.

Kanda, maafkan dinda. Terover plak tarik colar baju. ;p

Monday, 27 October 2014

baiknya mereka ^^

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum 

Teringat pesan murabbi ketika saya belajar dulu. Murabbi bagi tips ‘Bagaimana caranya untuk menambah kerendahan hati di dalam diri kita’. Antaranya, beliau berpesan, jangan ingat kebaikan kita pada orang, tapi ingatlah kebaikan orang pada kita. Maka, saya cuba untuk senaraikan kebaikan madu-madu saya (halwanis) kepada diri saya, supaya nanti, bila kami bertengkar atau bahasa lembutnya misunderstanding, saya masih mampu ingat kebaikan mereka, agar saya mampu untuk terus menyayangi mereka, agar saya mampu menghormati mereka kerana Illahi.

:) madu-madu? Heeehe. Jangan pelik ye sebab saya ni berpoligami dan saya adalah isteri yang ketiga, means saya ada dua orang kakak yang baik hati dan cantik. :)

Madu pertama saya namanya Pn.Rosmawati Binti Abd Mutalib dan madu saya yang kedua, namanya Pn.Mila Susanti. Semoga mereka sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah. :)

Baiknya mereka……………………………… ^^
entry ni hanya untuk mereka. 
Untuk kalian my dear Halwanis :)

Betapa hidup ini terkadang pelik. Realiti yang pelik tapi itulah kebenarannya. Bagaimana mungkin Kak Ros dengan mudahnya melamar diri yang dhoif ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli bait mereka sedangkan saya ini hanya budak mentah yang kurang adab dan akhlaknya. Namun, keikhlasan Kak Ros tanpak jelas pada raut wajahnya, seiring senyuman yang terasa begitu menenangkan dan menyenangkan. Walau hakikatnya saya sendiri masih tidak percaya akan dipertemukan dengan insan yang begitu luhur pekertinya. 

‘Ya Allah, sekiranya aku terima, aku tidak akan berbatah-balik’ tekad hati yang tidak akan saya musnahkan sama-sekali. Berbekalkan gabungan istikharah antara saya dan mak, saya menerima baik lamaran itu sungguhpun saya masih terpinga-pinga. Yakin dengan percaturan Illahi, maka saya tidak tegar menolak. Kesungguhan Kak Ros dan en.suami membuatkan hati ini tertarik untuk berada di bawah satu pohon yang sama.

Jazakillah khairal jaza’ Kak Ros di atas kesudian Kak Ros menerima kehadiran budak mentah ni. Jazakillah khairal jaza’ kerana sudi berkongsi kasih en.suami bersama. Saya tahu semua ini tidak mudah dan saya sedar tidak semua wanita mampu melakukan pengorbanan sebesar ini. 

Jazakillah khairal jaza’ sebab Kak Ros sudi tumpangkan saya bermalam ni rumah padi ria seawal pernikahan dulu (waktu kanda belum jumpa rumah untuk disewa). Bagi saya makan minum, pinjamkan pakaian dan tolong hantar saya ke tempat praktikal. :) Bila saya bersedih, Kak Ros ada untuk bagi saya semangat. Kak Ros pujuk saya dan cuba jadi kakak yang baik untuk saya.

Allahu akhbar! Nikmat mana lagi yang saya nak dustakan? Atas alasan apa untuk saya pertikaikan kesalahan yang sedikit sedangkan kebaikan dan pengorbanan Kak Ros tersangat besar? Tiada alasan untuk saya ungkit kesalahan Kak Ros. Jika itu berlaku, maka sayalah orang yang tidak bersyukur (kufr nikmat)! Duhai Tuhan yang Maha Baik, sayangilah maduku Pn.Rosmawati Binti Abd. Mutalib. 

Untuk kekanda Mila Susanti, juga buatmu doa agar Allah balas kebaikan akak dengan kebaikanNya yang berlipat kali ganda. :) Jazakillah khairal jaza’ di atas pelawaan akak untuk berkongsi teratak bayu puteri. Maafkan kerana saya perlu menolak. Berkongsi tempat tinggal merupakan satu niat yang luhur, namun kekurangan adab dan akhlak yang saya miliki dikhuatiri akan menyakiti akak tanpa sedar dan tanpa perlu. Jazakillah khairal jaza’ di atas kesudian akak mengundang saya untuk bertandang ke teratak bayu puteri seminggu selepas akad nikah berlangsung. Terima kasih untuk santapan yang dihidangkan buat saya :) Terima kasih juga kerana akak sudi bersemuka dan berborak dengan saya :) dan sekali lagi doa buatmu agar Allah balas kebaikan akak hantar saya pulang ke larkin dalam keadaan baik dan selamat. Moga Allah balas kebaikan akak dengan kebaikanNya yang berlipat kali ganda. Ya Allah, cintailah maduku, Pn.Mila Susanti hingga ke syurgaMu.



Terim aksih untuk doa-doa kalian yang baik-baik buat diri yang asing ini. Kalian terlalu baik dengan saya! Terima kasih dan jazakumullah khairal jaza’.

Monday, 13 October 2014

Set my mind

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan duhai halwanis
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum

Membilang hari. Waktunya semakin hampir sayang. Betapa melonjak-lonjak perasaan saya ketika ini. Nak sangat buat scan 3D . nak tengok baby. Nak tengok muka baby. Nak tengok jantina baby. Sebelum ni ada buat check-up baby kat klinik kerajaan, tapi tak berapa satisfied dengan cara doctor tu. Ikutkan hati, banyak benda saya nak tanya, tapi bila saya tanya berat baby, she just said ‘baby ok’. Hampa. Saya faham, mungkin hari tu ramai orang yang nak buat check-up, so sabar sajalah. Takpe lah, lain masa boleh ajak kanda pie klinik swasta. Nak sangat try 3D scanner tu. Walaupun bagi saya, wajah baby melalui scanner 3D tak sama dengan reality, saya tetap nak tengok! Degil ni. Haaha.

Sampai masa, Allah perkenankan juga hajat hamba Dia yang ketegaq nih.. thank you Allah. Punyalah baiknya Allah, degil, degil saya ni pon, still nak bagi muka. …………………………………………

Dah pie check-up… tapi sayang… sebab tak dapat pon tengok muka baby :(

Muka baby terlindung dengan uri, jadi tak nampak langsung. Doktor tu punya berusaha scan dari pelbagai sudut, masih juga tersembunyi. Hailah anak.. nak surprise kan mama ke? Walaupun sedikit kecewa, tapi masih punya harapan pada Allah ‘everything gonna be ok’. Hope sOo. Whatever it is, just smile. Tak lama lagi mama dapat jugak tengok anak mama nih. Tak ada lindung-lindung dah. Real punya! sOon, insyaAllah.

Mind set! Time-time macam ni, mind set memang lah kena jaga. Positif itu tersangat penting. Lagi-lagi bila due date bersalin dah makin hampir. Apa pun situasi, thinking positive! Sebab bila kita stress, boleh datangkan risiko pada baby. Jadi, mama to be, please THABAT your heart and your mind.

Relax. Jangan nervous menanti hari kelahiran baby. Bila kita nervous, perasaan kita tak tenang dan boleh menyebabkan jantung berdegup kencang. Bila jantung berdegup kencang, darah akan naik secara mendadak. Badan akan mula seram sejuk dan kita bakal hilang tumpuan.

Teringat pesan kakak. Kakak cakap, selagi tak sakit sangat-sangat, tak payahlah pergi hospital. Eah….. manalah kita tahu sakit nak bersalin tu macam mana. First baby koOt. Mestilah tak tahu. Jadi…………………… saya pon buat-buat cool je walaupun hakikatnya, saya dah mula sakit-sakit.

Orang kata, banyakkan berjalan bila due date dah dekat. Saya pon apa lagi, dah hujung-hujung ni, rajin plak nak bersiar-siar. Takde lah shopping sakan. Jalan pusing angsana je. :) saya rasa dah tak lama dah ni.. sebab bila saya jalan setapak dua, saya dah kerap rasa sakit… tak tahu nak gambarkan rasa sakit tu macam mana. Bila dah penat, saya duduk. Pastu sambung jalan lagi. Jalan sorang-sorang pun ok :)

Selang beberapa hari lepas tu, saya ajak kanda round pasar karat kat JB. Lepas solat isya’ sampailah pukul 12:00 pagi. Lama kan saya berjalan. Perasaannya masih sama macam sebelum ni.. jadi jalan pun perlahan saja. Selangkah demi selangkah..Fuhh.. balik je rumah terus tak boleh nak lelap panjang. 30 minit sekali mesti terjaga. Bergulinglah saya ke kanan dan ke kiri berulang-kali sampai ke subuh. Kenapa? Menahan sakit yang datang dan pergi. Pedihnya macam kena gastric! Ye! Macam nilah rasanya masa saya diserang gastric 7 bulan kandungan. Tapi still boleh control lagi. Gagah lah jugak nak lalui kesakitan ni.

“sakit dah ni…..” saya bagitahu kanda perlahan, tapi muka cool lagi. Kanda ajak pie hospital. Saya minta tangguh sebab nak tunggu subuh. Walaupun rasa macam dah tak larat nak bangun, saya tetap kuatkan diri masak untuk kanda bersahur. Hari ni dah masuk 1 Muharram, jadi kekanda nak puasa sunat 1 Muharram.

Siap hidangkan makanan, saya kejut kekanda. Dek kerana tak ada daya nak duduk, saya hanya berbaring di sisinya. Menemani si sobir ini bersahur. Dipelawanya saya untuk turut serta, akur dengan qudrat yang lemah, saya menolak dengan penuh hormat.

“Dinda tak rasa macam laratlah nak puasa hari ni……”

“tak larat takpe. Kanda saja yang puasa….” Tuturnya lembut sambil menyuapkan nasi ke mulut. Saya hanya memerhati. Tak mampu nak bersuara lagi. Jari-jemari memicit-micit tempat yang sakit.

Usai solat subuh, saya terus rebahkan diri. Sakitnya semakin kerap. Mungkin inilah yang disebut-sebut ‘contraction 10 minit sekali’. Memang beginilah rasanya. Saya masih menahan sakit. Pusing ke kiri tak lena, pusing ke kanan tak selesa. Begitulah. Pedih yang menusuk-nusuk.

“Jomlah pergi hospital…..” ajakkan yang entah ke berapa kalinya. Saya enggan lagi. Masih mampu bertahan. Setengah jam kemudian, ayat yang sama diajukan kepada saya, “jomlah kita pergi hospital. Gaya macam dah nak bersalin je”.

“kejap lagi lah…” saya cuba pejamkan mata. Cuba tidur. Tidurlah duhai mata. Tidurlah! Gagal dan gagal lagi. Sekitar jam 8:00 pagi, akhirnya saya menyerah kalah.

“jom kita pergi………………” setiap pergerakkan semakin lambat dan lebih berhati-hati. Rasanya macam nak tercabut pinggang. Urat ni dah macam bersimpul-simpul. Serba-serbi tak kena. Umpama sendi yang dicarik tanpa bius. Allah. Allah. Allah.

‘sikit je nih. Ada sakit yang lebih sakit daripada ni. Tahanlah wahai diri’ bisik hati memujuk.

Semua barang keperluan saya dah packing sebulan lebih awal. Jadi, semuanya dah tersedia. Angkat semua beg, jom kita berjuang! Semoga semuanya selamat. InsyaAllah.