Monday, 27 October 2014

baiknya mereka ^^

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji 
Salam kemaafan duhai halwanis 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum 

Teringat pesan murabbi ketika saya belajar dulu. Murabbi bagi tips ‘Bagaimana caranya untuk menambah kerendahan hati di dalam diri kita’. Antaranya, beliau berpesan, jangan ingat kebaikan kita pada orang, tapi ingatlah kebaikan orang pada kita. Maka, saya cuba untuk senaraikan kebaikan madu-madu saya (halwanis) kepada diri saya, supaya nanti, bila kami bertengkar atau bahasa lembutnya misunderstanding, saya masih mampu ingat kebaikan mereka, agar saya mampu untuk terus menyayangi mereka, agar saya mampu menghormati mereka kerana Illahi.

:) madu-madu? Heeehe. Jangan pelik ye sebab saya ni berpoligami dan saya adalah isteri yang ketiga, means saya ada dua orang kakak yang baik hati dan cantik. :)

Madu pertama saya namanya Pn.Rosmawati Binti Abd Mutalib dan madu saya yang kedua, namanya Pn.Mila Susanti. Semoga mereka sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah. :)

Baiknya mereka……………………………… ^^
entry ni hanya untuk mereka. 
Untuk kalian my dear Halwanis :)

Betapa hidup ini terkadang pelik. Realiti yang pelik tapi itulah kebenarannya. Bagaimana mungkin Kak Ros dengan mudahnya melamar diri yang dhoif ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli bait mereka sedangkan saya ini hanya budak mentah yang kurang adab dan akhlaknya. Namun, keikhlasan Kak Ros tanpak jelas pada raut wajahnya, seiring senyuman yang terasa begitu menenangkan dan menyenangkan. Walau hakikatnya saya sendiri masih tidak percaya akan dipertemukan dengan insan yang begitu luhur pekertinya. 

‘Ya Allah, sekiranya aku terima, aku tidak akan berbatah-balik’ tekad hati yang tidak akan saya musnahkan sama-sekali. Berbekalkan gabungan istikharah antara saya dan mak, saya menerima baik lamaran itu sungguhpun saya masih terpinga-pinga. Yakin dengan percaturan Illahi, maka saya tidak tegar menolak. Kesungguhan Kak Ros dan en.suami membuatkan hati ini tertarik untuk berada di bawah satu pohon yang sama.

Jazakillah khairal jaza’ Kak Ros di atas kesudian Kak Ros menerima kehadiran budak mentah ni. Jazakillah khairal jaza’ kerana sudi berkongsi kasih en.suami bersama. Saya tahu semua ini tidak mudah dan saya sedar tidak semua wanita mampu melakukan pengorbanan sebesar ini. 

Jazakillah khairal jaza’ sebab Kak Ros sudi tumpangkan saya bermalam ni rumah padi ria seawal pernikahan dulu (waktu kanda belum jumpa rumah untuk disewa). Bagi saya makan minum, pinjamkan pakaian dan tolong hantar saya ke tempat praktikal. :) Bila saya bersedih, Kak Ros ada untuk bagi saya semangat. Kak Ros pujuk saya dan cuba jadi kakak yang baik untuk saya.

Allahu akhbar! Nikmat mana lagi yang saya nak dustakan? Atas alasan apa untuk saya pertikaikan kesalahan yang sedikit sedangkan kebaikan dan pengorbanan Kak Ros tersangat besar? Tiada alasan untuk saya ungkit kesalahan Kak Ros. Jika itu berlaku, maka sayalah orang yang tidak bersyukur (kufr nikmat)! Duhai Tuhan yang Maha Baik, sayangilah maduku Pn.Rosmawati Binti Abd. Mutalib. 

Untuk kekanda Mila Susanti, juga buatmu doa agar Allah balas kebaikan akak dengan kebaikanNya yang berlipat kali ganda. :) Jazakillah khairal jaza’ di atas pelawaan akak untuk berkongsi teratak bayu puteri. Maafkan kerana saya perlu menolak. Berkongsi tempat tinggal merupakan satu niat yang luhur, namun kekurangan adab dan akhlak yang saya miliki dikhuatiri akan menyakiti akak tanpa sedar dan tanpa perlu. Jazakillah khairal jaza’ di atas kesudian akak mengundang saya untuk bertandang ke teratak bayu puteri seminggu selepas akad nikah berlangsung. Terima kasih untuk santapan yang dihidangkan buat saya :) Terima kasih juga kerana akak sudi bersemuka dan berborak dengan saya :) dan sekali lagi doa buatmu agar Allah balas kebaikan akak hantar saya pulang ke larkin dalam keadaan baik dan selamat. Moga Allah balas kebaikan akak dengan kebaikanNya yang berlipat kali ganda. Ya Allah, cintailah maduku, Pn.Mila Susanti hingga ke syurgaMu.



Terim aksih untuk doa-doa kalian yang baik-baik buat diri yang asing ini. Kalian terlalu baik dengan saya! Terima kasih dan jazakumullah khairal jaza’.

No comments:

Post a Comment