Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi
Assalamualaikum
Jiwa muda. hehee.. belum apa-apa lagi dah sebut pasal 'jiwa muda' eah. :p tapi itulah hakikat jiwa saya sekarang. saya memang rasa saya masih muda walaupun saya dah pun jadi mama kepada seorang puteri dan! isteri kepada seorang suami.. :)
jadi...... dengan adanya jiwa muda ni, saya nak buat apa yang saya nak dan saya tak suka dikongkong dan disekat apa jua yang saya nak buat! hahaa oke ayat berulang-ulang menandakan emosi separa sedar.. errkkk?
sekali lagi.... itulah hakikat jiwa saya. bukan sekarang tapi dua tahun yang sudah.. :)
well.................................... kesilapan adalah didikan sekiranya kita cepat tersedar dan alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan T A U F I Q untuk saya segera perbaiki kesilapan saya.
dua tahun lepas. saya ada post satu statement yang mana, statement tu mengambarkan perasaan saya yang sedang menantikan kepulangan my Mr.SoObir ke rumah. statement tu mungkin nampak macam gedik tapi personally tak pun. selang beberapa hari lepas tu, statement saya di screen captured by someone. then, statement tu dengan sengajanya di hantar kepada madu saya. (madu-madu saya tak aktif berfacebook)
and I'm totally shocked!
rentetan dari peristiwa tu, saya belajar untuk lebih menjaga apa jua yang saya nak share di laman sosial. baik statement yang saya nak post, atau gambar-gambar yang saya nak share di media massa. saya mula berfikir yang saya tak boleh ikutkan lagi keiinginan dan kehendak jiwa muda saya.
hari demi hari, Allah bukakan kefahaman dalam diri saya mengapa keiinginan jiwa muda saya ini perlu dihadkan. Ada seorang niqabis pesan, tak perlu dipertonton gambar-gambar romantis kita suami isteri di laman sosial sebab kalau kita terlalu over nak upload semua gambar kita dengan pasangan, di mana privacy hubungan kita? semua orang dah tengok.
Ustaz Azhar Idrus kata "kalau rindu dengan suami, hantar message dekat suami, cakap rindu. tak pun, call. tak payah dok post kat FB. meluat.." hahaha. toOoiiiii. ada betulnya jugak.
saya pun terkadang menyampah bila baca statement raja sehari ni.. yang raja berpuluh tahun pun tak kurang gediknya. hahaha. meme tahap nak termuntah pun ada. ok. moral of the story, berpada-padalah..
and......................... pesan niqabis ni lagi, kadang hasad dengki manusia ni, berpuunca dari diri kita sendiri juga. suka sangat cerita 'bahagia' kita pada orang lain. eurm....... begitulah..
insyaAllah from now on, saya akan lebih berhati-hati. untuk menjaga hati kedua-dua madu saya dan hati saya juga. dengan harapan Allah redha. Biznillah.. :)