Saturday, 28 February 2015

bukan rezeki ~~

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

"bukan rezeki kita........" ujur my Mr. SOobir tenang tapi saya dapat rasakan my Mr. SOobir sedikit terkilan dengan berita ni.

saya dah buat istikharah dan saya serahkan pada Allah untuk pujuk hati mereka untuk kami dan hari ini jawapannya 'bukan rezeki kami'.

RoObb, kami mengharap tapi Engkau lebih tahu kebaikannya lebih kepada siapa.......
Aku mengerti jika mereka lebih memerlukan, namun aku masih lagi mahu berharap rezeki itu berpihak untuk kami... :'(

Sarah..... semoga sarah baik-baik saja bersama mereka :')
Allah knows
:')

Thursday, 12 February 2015

Need's you RoObb

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

RoObb.......................................

Ada sesuatu yang menjentik hati ini. Rasanya seperti ditikam-tikam kepedihan itu. Jujur, aku cemburu. Aku cemburu melihat mereka..................... mungkin kerana ia bukan milikku dan aku tak tahu bila aku akan memilikinya. bahkan, aku tidak boleh lakukan semua yang aku inginkan. hampir seluruhnya perlu disembunyikan...................................... tapi aku akur, semuanya berhikmah. 

i'm sorry my dear RoObb. aku telah menghampakanMu. :'( Aku belum mampu menjadi kebanggaanMu sehingga ke saat ini :'( hatiku masih lagi berlumur noda, mungkin inilah sebabnya aku masih jua menjadi hamba dunia. 

RoObb..
I really needs YOU!!! nak nangis!!!! :'( 
best nya andai Engkau dapat aku dakap erat... :'( 
i'm crying right now :'(
I know YOU watching me :'(


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


............................................RoObb

Aku yang memilih dan Engkau izinkan pilihanku ini menjadi nyata. Aku percaya bahawa inilah jalannya tapi RoObbi.................. aku lemah. Aku tak mampu nak bendung rasa yang semakin menggunung dan semakin hari semakin kerap aku merasa putus asa. walaupun aku tahu rahmatMu tak pernah hilang dan akan sentiasa ada. :'(

i'm lost my mind
:'(

thank you for this quote

Wednesday, 4 February 2015

failed :'(

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

sebenarnya kaan.... masa first interview last year, saya tak berjaya poOn. 

sob sob ~~~

Alhamdulillah. tak apa sebab tu bukan rezeki saya. lagipun soalan tu agak mencabar ilmu saya juga. benda simple, tapi bahana saya tak tahu nak olah, saya tak dapat jawab dengan baik. pusing-pusing, tak ada kata putus. hahaha :p

btw, nak ucapkan jzkk buat mak yang sudi tolong jagakan aisy masa saya pie interview tu.

saya kecewa sebab saya tak dapat jawab soalan yang diberikan. huahua :'(
dan saya malu dengan diri sendiri. :'(

sekian

hey! kenapa mesti cepat mengalah?.
ini cuma satu permulaan.
come on...!

gagal langkah menuju kejayaan.
senyum :)

disebalik kegagalan, Allah ajarkan cara. 
fikirkan!
good luck, self!

lepas ni kena kaji banyak skills k... heehee


cerita tergantung

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

untuk yang kedua kalinya. bertemu di tempat yang sama, bersama dengan orang yang sama. bertukar pandangan dengan tiga suara yang sama dan dua wajah baru..

errkk (telan air liur. heee). 

:)

tak tahu....... betul-betul tak tahu walaupun ini bukan kali pertama. Allahu. Allahu. ada dua insan yang bersungguh-sungguh untuk permulaan langkah ini. my Mr. SoObir dan sahabat saya, Nor Siti Aida.

awalnya, my Mr. SoObir yang sarankan supaya mengajar di situ dan my Mr. SoObir sangat-sangat setuju sekiranya saya menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar di sekolah tersebut. berlatar belakangkan acuan islam yang selaras dengan syariat, penampilan ahlul bait yang menepati citarasa my Mr. SoObir, saya pertimbangkan.......

 ditakdirkan, sahabat saya mengajar di situ, jadi saya pun cari tahu cara nak apply. bila risik-risik khabar, Aida pun ceritalah pengalaman dia. mujurlah aida bermurah hati nak kongsi dengan saya, jzkk awoOkk ')

lepastu, saya pun isi permohonan online. hahahha. setereesss mak jah! punyalah confident den mengisi semua tempat kosong tuh, at the end, hampir separuh maklumat tu lari... errggghhh!!!! rasa macam nak..................... makan je laptop tu! hahahhaa. :') lastly, saya pasrah je sebab dah banyak kali edit, macam tu juga keadaannya. apa lagi........ tutp laptop, pastu tidoq laaa. habis cerita! redha sajalahh..

selang beberapa....... hari ke minggu erk? (tak ingat) saya dapat msg dari Pn. Masini. nak bagitahu yang saya dipanggil temuduga 27hb November 2014 (loOrrhh cerita tahun lepas rupanya. hahhaa). 27hb? saya agak peninglah juga time tuh sebab 26hb tu was my big day! sempat ke? macam penat je.. aloOo saya nak konvo.! jauh! jauh! dah laa kat  Nilai.. :'(

Ok. saya pun bentang jadual. bila nak berangkat dan bila pula saya kena balik daannn yang paling penting siapa pula yang nak tolong jagakan aisy?! Oh Tuhan! saya buntu!

fikir punya fikir, dah dapat solution. alhamdulillah. :')
refer pada my Mr. SoObir about our schedulemy Mr. SoObir pun setuju. Settled!

so........................ pagi 27 November 2014

kalut nak pie interview, plus memang tak prepare langsung! eah ye ke tak prepare apa-apa? saya ada lah juga standby tajuk. kot-kotlah kena mengajar... heehe.. siap ulang baca tajwid lagi.. hahahha.. Ok.

dalam kereta sempatlah saya berlakon dengan my Mr. SoObir (konon-konon he'll be my interviewer laaa) kehkeh. entah pape je kaan :') boleh la buat hilang-hilang nervous :') Jzkk kanda sebab sudi luangkan masa untuk dinda :') may Allah place you into His Jannah :')

ketaq.. ketaq..

ok interview dah settle, mohlah kita balik.
sekian.

belanja dulu gambar konvo saya :')

cute tagging from alwani craf :)
oh sempat lagi kami bermadu kasih di tepi pandai.. heehe.. 
mum... this is for you.. loving you :)
oh ini suka-suka saja
and this............ my happy family
Btw, jazakumullah khairan kathiran untuk semua yang terlibat :')

Monday, 2 February 2015

take time

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

bernikah dengan insan yang belum kita kenali hati budinya, nyata tak mudah. untuk memahami sifat seseorang tak cukup hanya 24 jam. melainkan................................. anda kasyaf.. he he.. saya kenal my MR. SoObir, kakak-kakak saya, anak-anak saya, sekitar 5 bulan sebelum kami bernikah. 5 bulan je. bagi saya tempoh itu tersangat singkat tapi saya percaya ada insan yang lebih singkat dari tu.  :')

bagi pandangan mata kasar saya (5 bulan sebelum tarikh kami diijabkabulkan), my MR. SoObir adalah orang yang tenang dan manis. buah bicaranya berbahasa. tidak menyakiti, bahkan menyenangkan. kesungguhan my MR. SoObir dan madu pertama saya untuk menjadikan saya sebahagian daripada keluarga mereka, tak dapat dipertikaikan. Bukan my MR. SoObir saja yang berjaya memaut perhatian saya, tapi keperibadian madu-madu saya juga. Allahu.

Tapi tukan cuma tafsiran luaran saja. Saya belum kenal mereka dan mereka juga belum mengenali diri saya sepenuhnya.

Semuanya perlukan jangka masa dan saya berharap tidaklah terlalu lama.

.......

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum





ada perkara yang tak mampu saya ungkapkan sungguhpun saya mahu berbicara tentangnya







******************
*