Sunday, 29 March 2015

menjaga

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

Jiwa muda. hehee.. belum apa-apa lagi dah sebut pasal 'jiwa muda' eah. :p tapi itulah hakikat jiwa saya sekarang. saya memang rasa saya masih muda walaupun saya dah pun jadi mama kepada seorang puteri dan! isteri kepada seorang suami.. :)

jadi...... dengan adanya jiwa muda ni, saya nak buat apa yang saya nak dan saya tak suka dikongkong dan disekat apa jua yang saya nak buat! hahaa oke ayat berulang-ulang menandakan emosi separa sedar.. errkkk?

sekali lagi.... itulah hakikat jiwa saya. bukan sekarang tapi dua tahun yang sudah.. :)

well.................................... kesilapan adalah didikan sekiranya kita cepat tersedar dan alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan T A U F I Q untuk saya segera perbaiki kesilapan saya.

dua tahun lepas. saya ada post satu statement yang mana, statement tu mengambarkan perasaan saya yang sedang menantikan kepulangan my Mr.SoObir ke rumah. statement tu mungkin nampak macam gedik tapi personally tak pun. selang beberapa hari lepas tu, statement saya di screen captured by someone. then, statement tu dengan sengajanya di hantar kepada madu saya. (madu-madu saya tak aktif berfacebook)

and I'm totally shocked!

rentetan dari peristiwa tu, saya belajar untuk lebih menjaga apa jua yang saya nak share di laman sosial. baik statement yang saya nak post, atau gambar-gambar yang saya nak share di media massa. saya mula berfikir yang saya tak boleh ikutkan lagi keiinginan dan kehendak jiwa muda saya.

hari demi hari, Allah bukakan kefahaman dalam diri saya mengapa keiinginan jiwa muda saya ini perlu dihadkan. Ada seorang niqabis pesan, tak perlu dipertonton gambar-gambar romantis kita suami isteri di laman sosial sebab kalau kita terlalu over nak upload semua gambar kita dengan pasangan, di mana privacy hubungan kita? semua orang dah tengok. 

Ustaz Azhar Idrus kata "kalau rindu dengan suami, hantar message dekat suami, cakap rindu. tak pun, call. tak payah dok post kat FB. meluat.." hahaha. toOoiiiii. ada betulnya jugak. 

saya pun terkadang menyampah bila baca statement raja sehari ni.. yang raja berpuluh tahun pun tak kurang gediknya. hahaha. meme tahap nak termuntah pun ada. ok. moral of the story, berpada-padalah..

and......................... pesan niqabis ni lagi, kadang hasad dengki manusia ni, berpuunca dari diri kita sendiri juga. suka sangat cerita 'bahagia' kita pada orang lain. eurm....... begitulah..

insyaAllah from now on, saya akan lebih berhati-hati. untuk menjaga hati kedua-dua madu saya dan hati saya juga. dengan harapan Allah redha. Biznillah.. :)

Saturday, 21 March 2015

anUGERah

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

nak share sikit ilmu. that day Allah temukan saya dengan seorang 'alim (tak ingat namanya). saya tak berapa mengenali beliau, bahkan tak tahu asal usul beliau pun sebab saya orang jauh lagi asing untuk berta'aruf dengan beliau.. tapi................. lhamdulillah Allah takdirkan saya berjumpa dengan beliau..

satu perjalanan yang singkat dan saya hanya berpeluang untuk mendengar buah bicaranya. 'Beliau bukan calang-calang orang' desis hati terkesima. telinga masih cuba hadam setiap butir bicaranya.. tersangat mendalam sehinggakan akal tak mampu mentafsir erti disebalik kata-katanya..

"bila kita solat, kita rasa yang kita solat, maknanya kita tak solat dan bila kita rasa kita berzikir, maknanya kita tak berzikir!" antara penerangannya yang masih tak mampu difahami dek akal.

"apa maksud ustaz......." persoalan yang terlontar hanya pada hati. Entah kenapa bibir tak bergerak untuk bertanya. Mulut pun taknak terbuka untuk bersuara.

"itu semua anugerah Allah bagi dekat kita......." sambung beliau menambah ketidakfahaman saya. wadduhhh.. apa yang ustaz ni nak cakap ni...? saya bertikam lidah dengan diri sendiri.

"abang. apa maksud ustaz semalam tu? syuf tak fahamla." saya tanya my Mr.SoObir keesokkan harinya.

"mana boleh cakap macam tu dengan orang awam.. orang biasa, kalau tak dapat nak faham, boleh salah faham.. itu bahasa orang sufi. orang sufi ni kalau sesaat terlupa sebut nama Allah, mereka dah anggap sebagai satu dosa besar dah.."

'Allahu.............. benarlah sangkaanku. beliau bukan orang biasa......' my Mr.SoObir pun tak menjawab soalan saya..  saya bawa pulang persoalan ini berbulan lamanya.. sampai satu saat, saya tak dapat tahan dah rasa nak bertanya.. saya mesti kena cari seseorang yang dapat bagi saya penjelasan untuk persoalan ni.!

Paksu! paksu, adik bongsu my Mr.SoObir . paksu mungkin dapat membantu! biiznillah :)

selang beberapa hari, paksu hantar audio melalui whatapps. bercerita perihal jenis-jenis syirik.

i) Syirik yang nyata
ii) Syirik yang tersembunyi
iii) syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

contoh untuk syirik yang nyata, menyembah berhala. yang ni memang dah terang lagi bersuluh merupakan perbuatan yang syirik. Syirik terang-terangan.

contoh untuk syirik yang tersenbunyi pula macam ni, kita potong tembikai guna pisau, then kita cakap pisau tu yang potong buah tembikai tu. eah kan pisau tu yang potong tembikai tu...! dekat mana syiriknya tu? 

pisau hanyalah penyebab atau alat tembikai tu terbelah. hakikatnya Allah lah yang perintahkan pisau tu berfungsi untuk memotong tembikai. means pisau tu takkan ada fungsi apa pun kalau bukan dengan izin Allah.. :')

yang ni faham tak? ok, kalau faham, dah ok lah tu.

so... persoalan saya adalah contoh untuk syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.......... means, kita tak boleh rasa apa yang kita buat, tindak tanduk kita ni, atas usaha kita semata-mata. kita tak boleh rasa macam tu. abis kita nak rasa macam mana? kita kena anggap bahawa apa jua yang kita lakukan adalah ANUGERAH Allah semata-mata sebab kita ni hanyalah manusia yang bergantung sepenuhnya dengan kekuasaan Allah.. semua kebaikan yang kita buat, adalah kerana T A U F I Q Allah semata-mata.

taufiq dengan hidayah tak sama ke? taufiq dan hidayah tak sama. hidayah ni, bila kita niat nak buat sesuatu. "aku nak bertaubatlah", contohnya begitu. Allah berikan kita hidayah untuk bertaubat dan taufiq ni pula bila kita betul-betul bertaubat. contahnya, kita bangun buat solat sunat taubat, dan kita betul-betul tinggalkan perkara-perka lagha.. 

contoh lain.. hidayah "aku nak solat tahajudlah malam ni". taufiq, bila kita betul-betul buat solat tahajud malam tu, itulah taufiq. simple.. :')

kesimpulannya, berdoalah pada Allah sungguh-sungguh.

ya Allah anugerahkanlah taufiq kepada kami seiiring hidayahMu. Amin.

sebelum mengakhiri entry kali ni, nak ucapkan 'JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZA' untuk mereka yang sudi berkongsi ilmu. semoga kita sentiasa sedar bahawa Allah lah musabab yang utama untuk apa jua yang diizinkan berlaku.. 

Friday, 20 March 2015

pandulah aku

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

nikmat manakah yang aku dustakan?

mengimbau perjalanan hidup dari dulu sampailah sekarang ini. It's became more and more eased. RoObbi........ Pernah daku abaikan kasihMu sehingga tiba masa aku merasa kehilangan dan dari situlah daku kembali mencari yang hilang.

betapa sukarnya kubina tembok keimanan, namun terlalu mudah ianya musnah. :'( musnah dengan sekelip mata samada di dalam sedar mahupun sengaja. lagi dan lagi, aku terus-terusan mengabaikan kasihMu.

pandulah aku duhai Tuhan.
dengan rahmat kasi sayangMu, pndulah aku menujumu.

Saturday, 28 February 2015

bukan rezeki ~~

Salam sayang ya Amirul Mu’minin
Salam kasih untuk korang
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani 
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

"bukan rezeki kita........" ujur my Mr. SOobir tenang tapi saya dapat rasakan my Mr. SOobir sedikit terkilan dengan berita ni.

saya dah buat istikharah dan saya serahkan pada Allah untuk pujuk hati mereka untuk kami dan hari ini jawapannya 'bukan rezeki kami'.

RoObb, kami mengharap tapi Engkau lebih tahu kebaikannya lebih kepada siapa.......
Aku mengerti jika mereka lebih memerlukan, namun aku masih lagi mahu berharap rezeki itu berpihak untuk kami... :'(

Sarah..... semoga sarah baik-baik saja bersama mereka :')
Allah knows
:')

Thursday, 12 February 2015

Need's you RoObb

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

RoObb.......................................

Ada sesuatu yang menjentik hati ini. Rasanya seperti ditikam-tikam kepedihan itu. Jujur, aku cemburu. Aku cemburu melihat mereka..................... mungkin kerana ia bukan milikku dan aku tak tahu bila aku akan memilikinya. bahkan, aku tidak boleh lakukan semua yang aku inginkan. hampir seluruhnya perlu disembunyikan...................................... tapi aku akur, semuanya berhikmah. 

i'm sorry my dear RoObb. aku telah menghampakanMu. :'( Aku belum mampu menjadi kebanggaanMu sehingga ke saat ini :'( hatiku masih lagi berlumur noda, mungkin inilah sebabnya aku masih jua menjadi hamba dunia. 

RoObb..
I really needs YOU!!! nak nangis!!!! :'( 
best nya andai Engkau dapat aku dakap erat... :'( 
i'm crying right now :'(
I know YOU watching me :'(


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


............................................RoObb

Aku yang memilih dan Engkau izinkan pilihanku ini menjadi nyata. Aku percaya bahawa inilah jalannya tapi RoObbi.................. aku lemah. Aku tak mampu nak bendung rasa yang semakin menggunung dan semakin hari semakin kerap aku merasa putus asa. walaupun aku tahu rahmatMu tak pernah hilang dan akan sentiasa ada. :'(

i'm lost my mind
:'(

thank you for this quote

Wednesday, 4 February 2015

failed :'(

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

sebenarnya kaan.... masa first interview last year, saya tak berjaya poOn. 

sob sob ~~~

Alhamdulillah. tak apa sebab tu bukan rezeki saya. lagipun soalan tu agak mencabar ilmu saya juga. benda simple, tapi bahana saya tak tahu nak olah, saya tak dapat jawab dengan baik. pusing-pusing, tak ada kata putus. hahaha :p

btw, nak ucapkan jzkk buat mak yang sudi tolong jagakan aisy masa saya pie interview tu.

saya kecewa sebab saya tak dapat jawab soalan yang diberikan. huahua :'(
dan saya malu dengan diri sendiri. :'(

sekian

hey! kenapa mesti cepat mengalah?.
ini cuma satu permulaan.
come on...!

gagal langkah menuju kejayaan.
senyum :)

disebalik kegagalan, Allah ajarkan cara. 
fikirkan!
good luck, self!

lepas ni kena kaji banyak skills k... heehee


cerita tergantung

Salam sayang ya Amirul Mu’minin 
Salam kasih untuk korang 
Salam penantian buat zauji
Salam kemaafan wahai halwani
Salam rindu bertemu Illahi 
Assalamualaikum

untuk yang kedua kalinya. bertemu di tempat yang sama, bersama dengan orang yang sama. bertukar pandangan dengan tiga suara yang sama dan dua wajah baru..

errkk (telan air liur. heee). 

:)

tak tahu....... betul-betul tak tahu walaupun ini bukan kali pertama. Allahu. Allahu. ada dua insan yang bersungguh-sungguh untuk permulaan langkah ini. my Mr. SoObir dan sahabat saya, Nor Siti Aida.

awalnya, my Mr. SoObir yang sarankan supaya mengajar di situ dan my Mr. SoObir sangat-sangat setuju sekiranya saya menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar di sekolah tersebut. berlatar belakangkan acuan islam yang selaras dengan syariat, penampilan ahlul bait yang menepati citarasa my Mr. SoObir, saya pertimbangkan.......

 ditakdirkan, sahabat saya mengajar di situ, jadi saya pun cari tahu cara nak apply. bila risik-risik khabar, Aida pun ceritalah pengalaman dia. mujurlah aida bermurah hati nak kongsi dengan saya, jzkk awoOkk ')

lepastu, saya pun isi permohonan online. hahahha. setereesss mak jah! punyalah confident den mengisi semua tempat kosong tuh, at the end, hampir separuh maklumat tu lari... errggghhh!!!! rasa macam nak..................... makan je laptop tu! hahahhaa. :') lastly, saya pasrah je sebab dah banyak kali edit, macam tu juga keadaannya. apa lagi........ tutp laptop, pastu tidoq laaa. habis cerita! redha sajalahh..

selang beberapa....... hari ke minggu erk? (tak ingat) saya dapat msg dari Pn. Masini. nak bagitahu yang saya dipanggil temuduga 27hb November 2014 (loOrrhh cerita tahun lepas rupanya. hahhaa). 27hb? saya agak peninglah juga time tuh sebab 26hb tu was my big day! sempat ke? macam penat je.. aloOo saya nak konvo.! jauh! jauh! dah laa kat  Nilai.. :'(

Ok. saya pun bentang jadual. bila nak berangkat dan bila pula saya kena balik daannn yang paling penting siapa pula yang nak tolong jagakan aisy?! Oh Tuhan! saya buntu!

fikir punya fikir, dah dapat solution. alhamdulillah. :')
refer pada my Mr. SoObir about our schedulemy Mr. SoObir pun setuju. Settled!

so........................ pagi 27 November 2014

kalut nak pie interview, plus memang tak prepare langsung! eah ye ke tak prepare apa-apa? saya ada lah juga standby tajuk. kot-kotlah kena mengajar... heehe.. siap ulang baca tajwid lagi.. hahahha.. Ok.

dalam kereta sempatlah saya berlakon dengan my Mr. SoObir (konon-konon he'll be my interviewer laaa) kehkeh. entah pape je kaan :') boleh la buat hilang-hilang nervous :') Jzkk kanda sebab sudi luangkan masa untuk dinda :') may Allah place you into His Jannah :')

ketaq.. ketaq..

ok interview dah settle, mohlah kita balik.
sekian.

belanja dulu gambar konvo saya :')

cute tagging from alwani craf :)
oh sempat lagi kami bermadu kasih di tepi pandai.. heehe.. 
mum... this is for you.. loving you :)
oh ini suka-suka saja
and this............ my happy family
Btw, jazakumullah khairan kathiran untuk semua yang terlibat :')